Bikesrepublic

Warna baru bagi Supercub Honda RS150R?

 

  • Ketika pusingan terbaru Cub Prix Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu di MAEPS, Serdang, ruangan pameran Boon Siew Honda telah
    mempamerkan beberapa buah motosikal supercub Honda RS150R yang amat istimewa.
  • Sepasang motosikal Honda RS150R telah diperagakan pada petang Ahad menggayakan warna yang amat berbeza dan unik sekali, Hitam dan Putih dengan sedikit warna Merah dan Biru.
  • Kakitangan BSH menyatakan bahawa warna ini masih lagi dalam tahap konsep buat masa ini namun akan boleh didapati pada masa hadapan jika ke semua maklumbalas dan kaji selidik mendapat reaksi positif (yang kami rasa ianya sudah pasti).


Ketika pusingan terkini Cub Prix Malaysia yang telah diadakan pada hujung minggu lalu di MAEPS, Serdang, yang terletak berhampiran dengan Putrajaya, ramai orang telah mengunjungi litar jalanraya sementara itu untuk menyaksikan bakat-bakat muda negara berentap di litar berkenaan dengan jentera perlumbaan masing-masing.

Dan seperti kebanyakan hujung minggu perlumbaan, ianya turut dihadiri oleh syarikat-syarikat yang menyediakan ruangan promosi untuk memperkenalkan tawaran, barangan dan perkhidmatan terkini masing-masing. Salah satu tumpuan terbesar yang terletak berdekatan dengan litar jalanraya sementara itu adalah tidak lain dan tidak bukan, Boon Siew Honda. Dan seperti kelazimannya, mereka telah berada di sana untuk mempromosikan beberapa buah motosikal tawaran mereka, barangan, dan juga menghiburkan para pengunjung dengan beberapa aktiviti dan permainan yang menyeronokkan.

Petang Ahad berkenaan ternyata lebih istimewa dengan sepasang motosikal dipamerkan megah di tengah-tengah pentas yang terletak di dalam ruang pameran mereka. Ianya merupakan motosikal supercub terkini mereka, Honda RS150R, yang mana sesetengah pihak pasti bersetuju mengatakan ianya merupakan antara mostosikal cub atau kapchai berprestasi tinggi yang terbaik di negara kita namun, yang berada di atas pentas tampak agak berbeza rupanya.

Motosikal yang berada di atas pentas dilengkapkan dengan warna hitam dan putih yang agak menarik dengan kemasan warna merah dan biru bagi
mempertingkatkan lagi rupa paras motosikal ini. Sebahagian daripada bahagian plastik yang dilegapkan telah disertakan dengan rupa karbon fiber memberikan RS150R ini rupa paras lebih premium yang kami rasa amat menakjubkan.

Mengingatkan kembali kepada beberapa tahun yang lalu, kami telah diingatkan kepada generasi terdahulu Honda CBR250R yang telah dilitupi dengan penggayaan warna yang sama namun kombinasi warna yang sama pada R150R ini tampak begitu menggiurkan.

Jadi adakan warna ini boleh didapati untuk orang ramai? Bila ditanya mengenainya, kakitangan Boon Siew Honda menyatakan bahawa warna ini masih dalam tahap konsep dan sedang melalui beberapa kaji selidik dan maklumbalas sebelum membuat keputusan. Jika segalanya berjalan dengan lancar (dan ianya tampak seperti begitu), warna terbaru ini akan boleh didapati seawal bulan Ogos tahun ini.

Jadi, apa pendapat anda? Cantik molek, bukan?

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube