Bikesrepublic

Warna Baru Bagi Yamaha Y135LC Dari RM7,167

 

 

 

  • Hong Leong Yamaha Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. (HLYM) telah mengumumkan bahawa motosikal Yamaha Y135LC 2017 terkini mereka akan boleh didapati dalam empat warna yang baru.
  • Empat pilihan warna yang baru bagi generasi terkini Yamaha Y135LC adalah Merah,Biru,Hitam, dan Perak.
  • HLYM telah meletakkan harga bagi Yamaha Y135LC 2017 terbaru ini pada RM7,167.72 (asas beserta GST).

 

 

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah pun secara rasminya mengumumkan yang salah sebuah motosikal cub mereka yang paling Berjaya, Yamaha Y135LC kini boleh didapati dalam empat pilihan warna dan grafik yang baru untuk 2017.

Dianggap sebagai salah sebuah motosikal cub yang terpopular di dalam negara, HLYM dengan gembiranya memerkenalkan warna-warna dan rekaan baru berkenaan bagi mencipta rupa yang lebih ‘sporty’ dan menarik perhatian bagi pilihan motosikal kapchai 135cc.

 

Lebih dikenali sebagai Yamaha 135LC, motosikal moped atau cub 135cc itu dijana oleh enjin empat lejang, SOHC, sejukan cecair yang menghasilkan sehingga 12hp pada 8,500rpm dan 11.8Nm pada 5,500rpm. Kesemua kuasa itu didorong ke bahagian belakang rodanya melalui kotak gear rotari empat kelajuan yang telah terbukti keberkesanannya semenjak ianya diperkenalkan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut spesifikasi motosikal Yamaha Y135LC ini, TEKAN SINI untuk ke laman sesawang istimewa saudara kami di Bikesrepublic.

Warna-warna baru yang boleh didapati untuk Yamaha Y135LC 2017 adalah Biru, Merah, Hitam, dan juga Perak. Oleh kerana ianya merupakan warna-warna baru yang telah diperkenalkan, pilihan warna yang sebelum ini tidak lagi akan dikeluarkan bagi memberi ruang kepada kemaskini warna yang terbaru ini.

Hong Leong Yamaha Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. (HLYM) telah meletakkan harga bagi motosikal Yamaha Y135LC 2017 yang terbaru ini pada harga RM7,167.72 (harga asas beserta GST). Adakah anda berminat bagi mendapatkan motosikal terbaru ini dari Yamaha? Tawaran terkini dari Yamaha ini sudah pun berada di ke semua bilik pameran pengedar Hong Leong Yamaha Motor yang disahkan di seluruh Negara, jadi, tunggu apa lagi? Dapatkanlah model Yahama Y135LC terbaru anda sendiri!

Artikel oleh: Mohd Zarul Faiz Ahmad Zaki

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube