Bikesrepublic

Warna Merah Dan Lahir Di Itali, Kenali Ferrari 900cc

Percaya atau tidak, pengeluar kereta premium mewah Itali, Ferrari, pernah mencuba nasib dengan menghasilkan sebuah jentera dua roda.

Era 90an merupakan zaman kegilaan motosikal dan pada tahun sama, Ferrari turut cuba menumpang kegilaan tersebut dengan menghasilkan sebuah motosikal hasil bantuan David Kay dari David Kay Engineering.

Diberi nama Ferrari 900cc 1995, jentera hasil sentuhan David Kay itu mengguna pakai enjin 900cc DOHC empat silinder dan mampu menjana 105hp pada 8,800rpm.

Bahagian lain turut menampilkan imej premium Ferrari dengan fork depan USD daripada Forcelle Italia, tayar 17 inci Astralite dan kaliper brek Brembo depan dan belakang serta kerangka aluminium.

 

Meskipun dihasilkan pada era 90an, jentera ini hanya seberat 172kg dan mampu mencatat kelajuan maksima 265km/j.

Pada 2008, jentera ini telah dilelong dengan harga dipinta sekitar USD308,281 (RM1.27 juta) namun gagal menarik minat pembida.

Bagaimanapun, jentera itu kembali mencuri tumpuan pada 2012, dengan jentera unik itu dijual hanya dengan USD110,481 (RM456,894).

Adakah Ferrari sekali lagi akan mencuba nasib dalam bidang dua roda? Mungkin tidak kerana pada 2014 di Paris Motor Show, mereka menegaskan tidak akan menghasilkan sebarang jentera motosikal pada masa akan datang.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube