Honda CRF1100L Africa Twin (2025) akan menerima beberapa warna baharu. Model ini baru sahaja dikemas kini untuk 2024, jadi ia hanya warna untuk varian berbeza kali ini.
Tiga varian tersebut ialah: Africa Twin, Africa Twin ES (gambar utama), dan Africa Twin Adventure Sports.
Ketiga-tiga varian berkongsi enjin berkembar selari 1084cc yang menghasilkan 101hp dan 112.6Nm tork. Perbezaan utama adalah di bahagian casis, dan skema warna baharu.
- Africa Twin (varian asas): Suspensi Showa asas, roda depan 21-inci. Pilihan warna ialah Grand Prix Red dan Matt Ballistic Black Metallic.
- Africa Twin ES: Suspensi elektronik Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (EERATM), roda depan 21-inci. Pilihan warna ialah Grand Prix Red, Matt Ballistic Black Metallic yang sedia ada, dan menambahkan Pearl Glare White with Pearl Hawkseye Blue Metallic Tricolour serta roda berwarna hitam.
- Africa Twin Adventure Sports: Suspensi Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (EERATM), roda depan 19-inci. Warna-warna termasukPearl Glare White Tricolour dengan road emas yang sedia ada, ditambah dengan Matt Iridium Grey Metallic dan road hitam yang baharu. Warna kedua ini sebenarnya warna Honda XRV650 Africa Twin yang asli.
Warna-warna baharu untuk Honda CRF1100L Africa Twin (2025) ini telah dilancarkan di UK, jadi ia akan sampai di Malaysia pada masa akan datang.