Bikesrepublic

Warna-warna Baharu unutk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024)

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) telah memperkenalkan kemas kini warna terkini untuk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES 2024. Tersedia dalam Matte Iridium Grey Metallic yang menarik dan menampilkan grafik segar pada Pearl Glare White, pilihan warna baharu ini menambahkan sentuhan berani dan moden pada motosikal pengembaraan ikonik ini.

Ketersediaan dan Harga

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES 2024 akan tersedia di semua pengedar sah Honda BigWing di seluruh negara, dianggarkan mulai 10 Oktober 2024, dengan harga bilik pameran yang disyorkan sebanyak RM119,388 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Ciri-ciri Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024)

Honda CRF1100L Africa Twin menampilkan enjin OHC 1084cc, silinder berkembar selari, penyejukan cecair, yang sesuai untuk kedua-dua perjalanan dekat dan jauh. Penambahbaikkan enjin telah menghasilkan peningkatan tork sehingga 7%, memberikan kuasa puncak 75kW pada 7,500rpm dan tork puncak 112Nm pada 5,500rpm. Roda hadapan bersaiz 19-inci yang besar meningkatkan kestabilan motosikal dengan ketara semasa menunggang di atas jalan, memberikan tunggangan yang lebih lancar dan terkawal dalam pelbagai keadaan, termasuk keupayaan luar jalan, menggalakkan kebolehgerakan yang lebih baik di atas rupa bumi yang kasar.

Ciri-ciri lain termasuk:

• Pusat graviti rendah dan pelepasan tanah minimum 220 mm.
• Ketinggian tempat duduk boleh dilaraskan kepada 820mm dan 840mm tanpa alatan untuk pijakan yang lebih baik.
• Bentuk kusyen pelana duduk diubah untuk menyokong keselesaan semasa menunggang untuk jangka masa yang lama.
• Rekabentuk baharu dan perlindungan angin yang dipertingkatkan.

Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000, yang mana dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila klik www.hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda BigWing berhampiran anda. Pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui nombor bebas tol kami di 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan wakil perhubungan pelanggan kami.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan