Bikesrepublic

Waspada Kawasan Angin Lintang – Jabatan Bomba

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.

Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Penguasa Kanan Bomba II Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi berkata dua lokasi dalam jajaran negeri ini bermula di KM 222 sempadan Melaka hingga Hentian Senawang dan KM 267 Ainsdale hingga ke Seri Putera.

Kedua-dua lokasi ini kawasan ‘hotspot’ kemalangan yang sering berlaku dan antara faktornya disebabkan angin lintang dan kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

Oleh itu, pengguna perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa pemanduan terutama ketika musim perayaan dengan jumlah kenderaan juga meningkat.

Dalam pada itu, Mohamed Faiz Muin berkata seramai 150 anggota dan 26 jentera serta tiga van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersiap siaga sempena Op Siaga Raya yang bermula 28 Jan hingga 2 Feb.

Beliau berkata satu jentera turut diletakkan secara statik di Tol Pedas manakala Unit Rapid Intervention Motorcycle JBPM negeri akan melakukan rondaan secara berkala di kawasan lebuh raya hingga Nilai bagi memastikan keadaan terkawal.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung dan meninggalkan rumah bagi tempoh lama terutama pada musim perayaan supaya sentiasa peka serta menutup semua suis elektrik yang tidak digunakan.

Sebelum meninggalkan rumah periksa apa-apa yang boleh menyebabkan kebakaran terutama suis punca kuasa seperti lampu, kipas dan penapis air bagi memastikan rumah dalam keadaan selamat dan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube