WMoto memulai tahun baru 2024 dengan perkenalkan skuter terbaru nya iaitu RT2.
RT2 dikuasakan oleh enjin 246.9cc, 4-lejang, satu silinder yang memberikan 22hp pada 7500rpm dan 22.5Nm tork.
RT2 juga menawarkan ciri-ciri premium seperti skrin hadapan yang boleh diadjust, kamera hadapan dan belakang di mana penunggang boleh merakam perjalanan (seperti kamera dash kereta), sistem kunci pintar dengan Alarm Key Finding yang membolehkan pemilik mencari motosikal di tempat letak kereta.
Ia juga menawarkan lampu LED empat lensa di bahagian depan manakala bahagian belakang juga menggunakan LED.
Semua butang di atas handlebar dilitupi dengan cahaya latar biru yang membuatkan butang lebih mudah dilihat dalam keadaan cahaya rendah.
Skuter ini juga dilengkapi dengan skrin TFT serta sistem pemantauan tekanan tayar (tyre pressure monitoring system).
Dari segi keselamatan, RT2 dilengkapi dengan sistem ABS sementara suspensi hadapan teleskopik dan dua absorber di bahagian belakang.
Dan akhirnya, RT2 dilengkapkan dengan pengecas USB yang disediakan di hadapan dan di bawah tempat duduk.
Skuter RT2 dijual pada harga RM16,888 dan disertakan waranti dua tabun dengan jaminan kilometer tanpa had.