Bikesrepublic

Yamaha Lancar TMax Dan TMax Tech Max 2022 – Chasis Aluminium, Skrin TFT

Yamaha telah melancarkan TMax dan TMax Tech Max generasi terbaru yang kini dinaik taraf dengan rekaan lebih sporty dan ciri elektronik serba moden.

Ciri terbesar adalah rekaan yang lebih sporty dengan Yamaha mendakwa TMax terbaru ini diinspirasikan dengan rekaan Supersport hasil penggunaan chasis aluminium dan tempat duduk lebih agresif.

Tahap keselesaan juga meningkat dengan penghadang angin boleh laras baharu dengan corong udara di bahagian tengah yang berfungsi mengurangkan tekanan angin terhadap penunggang.

Menurut Yamaha, TMax 2022 tampil dengan pilihan warna Extreme Yellow, Icon Blue dan Sword Grey manakala TMax Tech Max boleh didapati dengan warna Dark Petrol dan Power Grey.

Menariknya, rekaan lampu LED depan juga lebih sporty sekaligus mewujudkan aura lebih garang.

Yamaha turut menaiktaraf bahagian tayar dengan penggunaan rim Spin Forged yang lebih ringan berbanding model sebelumnya dan berfungsi menurunkan inersia lebih 10 peratus di bahagian depan dan 6 peratus di bahagian belakang.

Model 2022 ini juga didatangkan dengan tayar Bridgestone Battlax SC2 secara standard.

Yamaha turut mengemaskini sistem suspensi dengan penggunaan fork USD 41mm depan dan penyerap hentakan tunggal belakang baharu yang meningkatkan lagi tahap kecekapan menunggang.

Meskipun TMax dan TMax Tech Max 2022 ini kekal dikuasakan enijn 560cc sama yang menawarkan 47hp dan 55.7Nm namun dengan berat 218kg menjadikan skuter maxi ini paling ringan dalam kelasnya.

Turut mencuri tumpuan adalah penggunaan skrin TFT 7″ serba baharu dengan keterhubungan telefon pintar serta peta Garmin yang boleh disambung menggunakan Bluetooth/Wifi/USB.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube