Bikesrepublic

Yamaha Lancarkan Cruiser 250cc Terbaru – Yamaha V Star 250 2018! (RM18,606)

  • Yamaha Motor Corporation (USA) telah melancarkan satu lagi penambahan kepada rangkaian motosikal berkapasiti kecil mereka, motosikal cruiser Yamaha V Star 250 2018.
  • Dijana oleh enjin karburetor 249cc, V-berkembar 60 darjah, sejukan udara, SOHC, ianya satu-satunya motosikal V-berkembar dalam kelasnya.
  • Yamaha V Star 250 2018 ini akan mula dikeluarkan untuk pasaran Amerika Syarikat pada awal September 2017 dengan tanda harganya pada $4,349 (kira- kira RM18,606).


Dengan pelancaran motosikal dwi-sukan Yamaha XT250 dan TW200 baru-baru ini, Yamaha meneruskan usaha pengembangan rangkaian motosikal berkapasiti kecil mereka dengan penambahan sebuah motosikal cruiser, Yamaha V Star 250 2018. Ianya tiba selepas satu lagi pelancaran mereka yang mengujakan bagi pencabar Goldwing ‘cruiser antarabenua’, Yamaha Star Venture 2018.

Yamaha Star Venture 2018

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Yamaha Star Venture 2018.

Yamaha TW200 2018
Yamaha XT250 2018

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal-motosikal dwi-sukan Yamaha XT250 dan TW200 2018.

Bagi mereka yang mencari sesuatu yang bergaya dan berkarisma untuk bersiar-siar di atas lebuhraya bolehlah memberikan perhatian yang lebih pada pakej Yamaha V Star 250 2018 yang mengujakan ini yang telah dibuat pada harga yang berpatutan tanpa mengorbankan sebarang tarikan sebuah cruiser. Dijana oleh enjin karburetor 249cc, V-berkembar 60 darjah, sejukan udara, SOHC yang memacu segala kuasanya ke roda belakang 15 incinya itu menggunakan klac basah berbagai lima kelajuan.

Cruise kompak ala tempahan khas ini telah direka seringan mungkin dengan ketinggian pelananya yang rendah yang cukup sempurna bagi mereka yang gemarkan benda yang besar dalam pakej yang padat. Dilengkapi dengan gaya dan persona motosikal besar, V Star 250 ini didatangkan dengan dwi-ekzos dan pelbagai bahagian chrome yang menyempurnakan rekaan Star yang ikonik.

Sebagai satu-satunya motosikal V-berkembar dalam kelas 250cc, V Star 250 ini menawarkan perbatuan bahanapi yang hebat pada serendah 3 liter per 100km. Ini bermakna dengan tangki bahanapi 9.5 liternya membolehkan motosikal ini(serta penunggangnya) merentasi jarak sehingga 300km apabila merantau di lebuhraya terbuka.

Cruiser kecil ini juga dilengkapi dengan pakej pembrekan yang bagus untuk keselamatan tambahan. Bahagian hadapannya dilengkapi dengan cakera brek beroperasi secara hidraulik 282mm untuk daya henti yang optimum sementara di belakangnya pula dilengkapi dengan brek drum 130mm untuk kawalan lebih baik tanpa terlalu menyesakkan walaupun untuk penunggang baru. Bagi menyerlahkan lagi perwatakan cruisernya itu, fork hadapan teleskopik digandingkan dengan roda 18 inci yang menawarkan suspensi hebat dan juga kebolehtunggangan.

Setakat ini, Yamaha V Star250 ini kedengaran seperti sebuah motosikal yang serba boleh. Dengan harga saranannya diletakkan pada $4,349 (kira-kira RM18,606 selepas pertukaran terus) untuk pasaran Amerika Syarikat bermula pada bulan September akan datang, kami dapat merasakan yang ianya juga pasti mendapat sambutan hangat sebaik sahaja tiba di Malaysia. Memandangkan yang kapasiti 250cc tidak memerlukan penunggang untuk menaiktaraf lesen mereka ke B penuh, V Star 250 ini mempunyai potensi yang besar untuk pasaran tanah air kita. Persoalannya, bilakah agaknya ia akan di bawa masuk?

Sumber: Yamaha Motorsports

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube