Bikesrepublic

Yamaha Motor Akan Melancarkan YZF-R15 Terbaru Di Indonesia, Pelan Jualan Untuk Negara ASEAN Lain Akan Menyusul

 

 

 

  • Enjin VVA (Variable Valve Actuation) dingin-cecair yang dikhabarkan akan menghasilkan sehingga 20 peratus lebih pengeluaran kuasa dari model sebelumnya
  • Dipasarkan di Indonesian pada harga 34,500,000 rupiah

Berita baik buat peminat motosikal supersports! Yamaha Motor Co. Ltd., Japan telah mengumumkan bahawa mereka akan mula memasarkan model motosikal supersports terbaru, YZF-R15 2017, yang mewarisi DNA motosikal supersports tersohor syarikat itu, YZF-R1, untuk pasaran Indonesia pada bulan April 2017.

Sebagai pengganti kepada model YZF-R15 semasa, yang popular kerana jiwanya yang sangat fokus dan berimejkan perlumbaan yang menambahkan elemen supersports pada rekaan ini, YZF-R15 serba baru ini telah dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan lagi prestasi sukannya. Didatangi dengan enjin dingin-cecair VVA (Variable Valve Actuation) dengan penambahan kapasiti sebanyak 3 peratus, ianya dikatakan dapat meningkatkan tahap pengeluaran sebanyak 18.3 peratus dan juga memperbaiki kecekapan praktikal bahan api sehingga 4.7 peratus berbanding dengan model semasa.

Selain itu, rupa bentuknya diperbaharui dengan gaya yang solah-olah serupa dengan YZF-R1, termasuklah ciri rekabentuk lampu hadapan LED berkembar yang tirus. Disertakan juga dengan fork hadapan terbalik yang menyumbang pada prestasi serapan hentakan yang hebat dan ketegapan bahagian hadapan motosikal dan juga sentuhan dengan yang baik dengan tanah. Tambahan lagi, motosikal ini juga dilengkapi deng klac Assist & Slipper. Nikmatilah video dibawah dimana Maverick Vinales mengemudi jentera terbaru ini.

https://www.youtube.com/watch?v=7n_mZAJ2njs

Menurut kaji selidik Yamaha Motor, keperluan keseluruhan pasaran motosikal Indonesia adalah berjumlah sehingga 5.6 million unit. Walaupun sebahagian besar keperluan itu lebih kepada skuter dan juga untuk model kerangka ‘underbone‘, model sports – terutamanya untuk model YZF-R25 dan YZF-R15 – telah meningkat dari segi populariti, lebih-lebih lagi di kalangan penunggang muda yang ingin motosikal gred lebih tinggi. Dengan haluan pasaran sebegini, ia membantu mengarahkan halatuju pengilang dan Yamaha Motor, merebut peluang ini dengan melancarkan model YZF-R15 yang disasarkan khusus bagi lelaki ‘urban‘ dalam umur 20-an dan para penunggang yang mengikuti trend motosikal terkini.

Bagi pasaran Indonesia, motosikal ini akan dikeluarkan dan dipasarkan oleh Syarikat PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM). Harga jualan yang ditetapkan adalah pada 34,500,000 rupiah (sekitar RM11,,459 selepas pertukaran). Buat masa ini, tiada lagi pengumuman bila model ini akan tiba di tanah air kita. Namun, pelan untuk dipasarkan ke negara ASEAN telah pun diwar-warkan oleh Yamaha Motor Co. Ltd., Japan, jadi kita hanya mampu menunggu masanya apabila Hong Leong Yamaha membuat pengumuman rasminya nanti.

Untuk perkembangan terkini dunia motosikal, teruskan bersama kami di MotoMalaya

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube