Baru-baru ini, Yamaha Motor India telah pun disahkan akan melancarkan generasi baharu Yamaha R15.
Berdasarkan dokumen aplikasi yang difailkan di India, model tersebut dinamakan sebagai Yamaha R15M dan menampilkan komponen lebih premium berbanding versi standard.
Menariknya, Yamaha R15M itu telah pun mendarat di seluruh pengedar rasmi Yamaha di India.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, R15M itu datang dengan dua warna pilihan, Yamaha Blue dan Silver.
Antara perubahan ketara berbanding generasi seterusnya adalah rekaan fasia depan dengan lampu projektor LED yang diinspirasikan daripada YZF-R7.
Lampu projektor tersebut turut diapit dengan dua DRL (daytime running light) di sebelah kiri dan kanan.
Sementara itu, laporan di India mendakwa meskipun bahagian belakang tampil sama seperti generasi sebelumnya namun corong udara dikatakan lebih besar.
Pada masa sama, paparan skrin baharu ini juga dikhabarkan boleh dihubungkan dengan telefon pintar secara Bluetooth.
Sementara itu, Yamaha Motor India juga akan memperkenalkan R15M versi Monster Energy Yamaha MotoGP seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Bagaimanapun, Yamaha R15M ini akan terus dikuasakan enjin satu silinder, 155cc, penyejukan udara dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.