Bikesrepublic

Yamaha Tracer 900 GT 2019 Dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (Dari RM58,888)

  • Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal sport-tourer Yamaha Tracer 900 GT 2019 pada hari ini.
  • Ianya merupakan sebuah evolusi bagi model MT-09/Tracer 900 ‘standard’ dan tampil dengan pelbagai olahan semula.
  • ‘GT’ pada namanya itu melambangkan semangat ‘Gran Turismo’ sebuah motosikal tourer berprestasi tinggi, yang akan membawa penunggangnya merentasi jarak yang jauh dengan pantas dan selesa.

Akhirnya! Model Yamaha Tracer 900 GT 2019 telah pun dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor pada hari ini.

Setelah penantian berbulan lamanya bagi sebuah motosikal sport-tourer kelas pertengahan, model Tracer 900 GT tiga silinder telah pun tiba. Motosikal ini merupakan langkah seterusnya dalam evolusi motosikal Yamaha Tracer 900, dan ianya tampil dengan lebih banyak ciri berbanding model Tracer ‘standard’. Seperti mana yang telah dibayangkan oleh nama GT (Gran Turismo)nya itu, Yamaha menjanjikan sebuah motosikal yang boleh membawa penunggangnya merentasi suatu jarak yang jauh dengan lebih selesa dan pantas.

Namun begitu, model GT bukan sekadar sebuah Tracer 900 yang dikemaskini. Sebaliknya, Yamaha telah melakukan pelbagai olahan semula pada model GT ini.

Tarikan

  • Enjin aci engkol ‘crossplane’, tiga silinder selari, 847cc.
  • Enjin berkenaan menghasilkan 115hp pada 10,000rpm, dan 87.5Nm pada 8,500rpm.
  • Sistem ‘Quick Shift’.
  • Penghadang angin boleh laras.
  • Sistem ‘Cruise Control’.
  • Paparan instrumen TFT (Thin Film Transistor) baharu (menggantikan ‘skrin TV’ yang diambil dari model Super Tenere lama).

  • Suspensi hadapan boleh laras sepenuhnya.
  • Penyerap hentakan belakang boleh laras dengan pelaras pra muatan kawalan jauh baharu.

  • YCC-T; “Yamaha Computer Controlled Throttle” (pendikit ‘Ride-by-Wire’).
  • Mod penunggangan “D-Mode” dengan “Traction Control System” (TCS) yang diterap dan ABS.

  • Lengan ayun 60mm lebih panjang bagi menetapkan beratnya lebih pada roda hadapan.
  • Tempat letak kaki pembonceng 30mm lebih panjang untuk lebih keselesaan.

  • Palang pemegang yang lebih pendek.
  • Pelana selesa.
  • Lampu LED sepenuhnya.

Motosikal Yamaha Tracer 900 GT 2019 ini telah ditetapkan harganya pada RM58,888 (harga asas termasuk SST, tidak termasuk cukai dan insurans). Ianya satu harga yang cukup kompetitif yang akan mengangkatnya sebagai pencabar utama dalam pasaran motosikal sport-touring kelas pertengahan di Malaysia.

Motosikal ini telah dilancarkan di Persidangan Pengedar tahunan HLYM di Genting Highlands. Teruskan bersama kami pada hari ini di mana kami akan membawakan pelancaran model YZF-R25 2019 oleh HLYM pada malam ini.

GALERI GAMBAR

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube