Bikesrepublic

Yamaha YZF-R15 2018 Kini Disediakan Bagi Pasaran Malaysia – RM11,988

 

  • Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Yamaha YZF-R15 2018.
  • Motosikal lumba 155cc itu mampu menghasilkan sehingga 19hp dan 14.7Nm tork maksimum.
  • Yamaha R15 generasi ketiga ini akan disediakan pada paras harga RM11,988 (harga asas dengan 0% GST).

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah berjaya memperkenalkan beberapa buah jentera yang amat istimewa Yamaha di pasaran Malaysia. Tawaran terbaru mereka ini, barang kali yang paling menarik sekali setakat ini, dan ia datang dalam bentuk Yamaha YZF-R15 2018, dan ianya cukup mengagumkan.

Pelancaran telah diadakan semalam di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, bersempena dengan “Yamaha Gen Blu Carnival”. Tidak ada banyak motosikal lumba 150cc ber-reraup penuh di Malaysia dan HLYM telah mengambil peluang ini untuk memasuki pasaran dengan sebuah motosikal yang amat menarik yang telah menjadi pilihan popular di Indonesia dan India.

Yamaha R15 generasi ketiga ini tampil dengan sebuah enjin SOHC satu silinder 155cc yang amat menarik ini telah dipertingkatkan lagi dengan Variable Valve Actuation (VVA) Yamaha, yang mampu menghasilkan sekitar 19hp pada 10,000rpm dan 14.7Nm tork maksimum pada 8,500rpm. Keseluruhan kuasa tersebut dipacu ke roda belakang menggunakan kotak gear manual enam kelajuan.

Bagi memastikan kebolehtunggangan yang lancar, model Yamaha YZF-R15 ini telah dipertingkatkan lagi dengan sebuah klac ‘assist-and-slipper’, yang membolehkannya mula bergerak dengan lebih mudah dari keadaan pegun dan prestasi henti yang lebih terkawal sewaktu menuruni gear pada motosikal lumba 137kg ini.

Ciri-ciri menarik yang lain termasuklah:

  • Fork terbalik (USD fork).
  • Casis Deltabox yang dikemaskini.
  • Lengan ayun aluminium.
  • Lampu LED keseluruhan.
  • Panel badan dikemaskini.
  • Panel instrumen digital dengan pengehad rev atau ‘shift light’.
  • Cakera brek hadapan 282mm.
  • Cakera brek belakang 240mm.
  • Tangki bahanapi 11 liter.

HLYM telah menetapkan harga bagi motosikal Yamaha YZF-R15 2018 ini pada paras RM11,988 (harga asas beserta 0% GST), dan ia datang dalam tiga kemasan warna berbeza; Biru, Hitam, dan Kuning.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan