Bikesrepublic

Yamaha YZF-R25 (2024) Hadir dengan Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. melancarkan Yamaha YZF-R25 (2024) dengan warna baharu. Ia merupakan variasi berwarna putih yang digelar Glacier White. Varian warna biru yang popular sejak dilancarkan, Racing Blue, masih tetap dijual.

Pembeli boleh mendapati warna baharu ini di semua penjual Yamaha yang rasmi mulai 4 Mac 2024. Harganya jualannya kekal seperti harga 2023 iaitu RM 22,998.00, tidak termasuk pendaftaran dan insuran. Seperti biasa setiap pembelian disertakan dengan kunci cakera brek yang bernilai RM100.

Enjin R25 ini kekal yang sama, iaitu jenis 2 silinder selari, DOHC, 249cc. Ia menghasilkan 26.4 kW (35.4 HP) pada 12,000 RPM dan tork 22.6 Nm pada 10,000 RPM. Ciri Brek Anti-Kunci (ABS) serta lampu-lampu isyarat LED merupakan standed.

Jentera R25 ini masih popular dan mendapat sambutan ramai di kalangan peminat motosikal tanahair, walaupun ia berada di pasaran sejak 2015. Ia telah melalui beberapa pembaharuan serta peningkatan sejak itu, sehinggalah versi yang menggunakan sistem brek ABS pada 2023.

Kedatangan versi ber-ABS itu merupakan sesuatu gerak langkah yang baik kerana sekmen 250 ini yang menyaksikan persaingan paling sengit di antara pembuat motosikal. Ia dipenuhi dengan jenama-jenama seperti Honda, Kawasaki, Suzuki, CFMoto, KTM, Modenas/Bajaj, Husqvarna.

Apapun, Yamaha YZF-R25 tetap mendapat tumpuan ramai sehingga kini.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan