Bikesrepublic

Zarco Sengaja Langgar Saya – Pol Espargaro

Pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro mendakwa Johann Zarco sengaja melanggarnya sehingga dia terbabas dan gagal menamatkan perlumbaan di GP Republik Czech, minggu lalu.

Seperti rakan sepasukan, Brad Binder yang mempamerkan tunggangan cemerlang untuk merekodkan kemenangan sulung KTM di MotoGP, Espargaro turut beraksi dengan mantap.

Bagaimanapun, insiden di Turn 1 menyaksikan Espargaro tersasar jauh daripada ‘racing line’ dan ketika cuba untuk kembali ke apex, berlakunya perlanggaran dengan pelumba Avintia Ducati, Zarco.

Perlanggaran itu menyebabkan Espargaro gagal menamatkan perlumbaan dengan Zarco dikenakan ‘long lap penalty’ namun masih berjaya merekodkan tempat ketiga.

Espargaro yang berang dengan insiden tersebut, meluahkan rasa tidak puas hati sejurus selepas perlumbaan tamat namun BT Sport MotoGP baru sahaja memuat naik luahan tersebut di Facebook.

“Zarco langsung tidak peduli ketika itu, dia hanya menunggang dan mengharapkan berlakunya perlanggaran lalu menyebabkan saya terbabas.

“Pegawai perlumbaan juga nampak apa yang dia lakukan lalu dia dikenakan penalti tetapi masih mampu menaiki podium. Tetapi dia berjaya membuat pelumba yang berada di depannya terkeluar. Tugas yang cukup sempurna oleh Zarco,” jelas Espargaro.

Bagaimanapun, di luar litar, rata-rata berpendapat insiden tersebut tidak disengajakan dan Zarco tidak sepatutnya dikenakan penalti tersebut.

Sementara itu, Espargaro tekad untuk kembali lebih kuat di GP Austria apabila merekodkan masa terpantas ketika sesi Ujian Bebas 1 yang berlangsung semalam.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube