Bikesrepublic

Zontes Akan Memperkenalkan Moto Adventure Touring Baru Pada Awal Tahun 2024

Zontes dikatakan akan memulakan tahun baru 2024 dengan model terbaru iaitu 500T. Model jenis adventure-tourer ni dijangka keluar pasaran pada awal tahun 2024 dengan dua versi – satu dengan roda aloi untuk jalan raya, satu lagi dengan roda spoke untuk prestasi off-road yang lebih baik.

Enjin Zontes 500T pula adalah jenis satu-silinder, 498cc dengan penyejukan cecair dan 51 tenaga kuda dan 50 Nm tork.

Tapi, sebab enjin dia satu-silinder, mungkin akan ada sedikit getaran. Zontes kata, top speed adalah 180 kilometer sejam.

Dari segi design pula, Zontes 500T berinspirasi moto adventure biasa dengan badan bersudut, skrin tinggi, dan palang keselamatan di sisi.

Roda depan 19 inci, roda belakang 17 inci, dengan tayar dwi-jalanan. Kalau nak guna jalan raya je, ada versi dengan roda 17 inci depan dan belakang. Suspensi adalah fork terbalik dan monoshock di belakang, dengan cakera depan berkembar dan cakera belakang tunggal.

Harga dan bila boleh beli, Zontes belum bagitahu lagi. Tapi harga akan lebih murah dari motosikal Jepun dan Eropah.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan