Zontes Malaysia akan melancarkan ZT155-U1 dan ZT155-G1 tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Zontes Malaysia, baru-baru ini.
Zontes ZT155-U1 merupakan motosikal berkonsepkan ‘adventure’ sementara ZT155-G1 tampil dengan elemen scrambler dengan kedua-dua dilengkapi rim jenis lidi (spoke).
Kedua-dua model turut digerakan enjin 155cc satu silinder 4-injap SOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18.8hp pada 9,250rpm dan 16Nm pada 7,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.
Masing-masing turut dilengkapi dengan tangki yang cukup besar, 12.5L bagi ZT155-U1 dan 20L bagi ZT155-G1.
Menariknya, kedua-dua model turut didatangkan dengan beberapa ciri menarik lain antaranya:
- lampu LED
- fork USD
- monoshock
- rim 17″
- cakera brek 300mm depan
- cakera brek 230mm belakang
- Bosch ABS dwi-saluran
- dua mod tunggangan – Sports dan Eco
- keyless
- 2 pengecas USB
Ketika ini Zontes Malaysia belum mendedahkan tarikh pelancaran bagi kedua-dua model ini namun kami akan terus bawakan perkembangan selanjutnya.