Bikesrepublic

Zontes Sedia Cabar Yamaha TMAX Dengan ZT500 – 46HP, 53Nm

Tidak dinafikan, Yamaha TMax merupakan motosikal yang telah menetapkan petanda aras dalam segmen skuter maxi. 

Ketika diperkenalkan julung kalinya pada 2001, Yamaha TMax merupakan skuter terbesar pernah dihasilkan dengan kapasiti enjin 500cc sebelum generasi terbaru yang diperkenalkan tahun lalu menyaksikan TMax kini dikuasakan platform 560cc. 

*Yamaha TMAX 560

Ekoran daripada populariti TMax, pengeluar motosikal dunia juga mula melahirkan skuter berkapasiti besar antaranya Honda X-ADV/Forza 750, Suzuki Burgman 400, Aprilia SRV 850 dan SYM Maxsym TL500. 

Kini, segmen tersebut bakal dimeriahkan dengan sebuah lagi skuter maxi 500cc menerusi Zontes ZT500. 

Bagaimanapun, ketika kebanyakan skuter atas 500cc bernadikan enjin dua silinder, Zontes ZT500 pula dikuasakan enjin satu silinder. Meskipun begitu, skuter tersebut masih berupaya menghasilkan kuasa yang tinggi dengan 46hp dan 53Nm, hanya 1.6hp dan 2.7Nm kurang daripada TMax 560. 

Namun, dengan berbekalkan satu silinder pastinya tahap gegaran ZT500 lebih dirasai berbanding TMax. 

Sementara itu, Zontes turut mendakwa ZT500 mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 160km/j. Namun, kami berasakan dengan kelajuan seperti itu, gegaran yang dihasilkan pasti ketara. 

Apa yang pasti, Zontes ZT500 datang dengan rekaan yang moden dan ‘sporty’ mirip dengan Zontes ZT350E. Pada masa sama, ZT500 juga datang dengan kelengkapan premium termasuk kaliper brek J.Juan, ABS dwi-saluran, rim 15-inci depan dan belakang yang dipadankan bersama tayar 120/70 depan dan 160/60 belakang. Tak cukup dengan itu ZT500 ini juga datang dengan tangki 17L. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube