Zontes Malaysia telah pun membawa masuk tiga model baharu bagi tahun 2022 dengan satu daripadanya adalah ZT155-G.
Zontes ZT155-G merupakan motosikal jenis scrambler yang didatangkan dengan rim jenis aloi untuk pasaran tempatan.
Model ini digerakan dengan enjin 155cc satu silinder 4-injap SOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18.8hp pada 9,250rpm dan 16Nm pada 7,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.
Bagaimanapun, ciri paling mengagumkan bagi model ini adalah kapasiti tangki yang diletakkan pada 20L.
Ini sekaligus menjadikan ZT-155G satu-satunya motosikal dengan tangki besar dalam segmennya.
Zontes turut mendakwa ZT-155G ini mampu berjalan sejauh 1,000km.
Selain itu, ZT-155G ini juga datang dengan pelbagai lagi ciri menarik antaranya ‘crash bar’, klac assist/slipper, dua mod tunggangan (ECO dan SPORT), dan dua port pengecas USB (Fast Charging).
Tidak cukup dengan itu, ZT-155G ini juga didatangkn dengan bantuan brek ABS dwi-saluran.
Menurut Zontes Malaysia, ZT-155G sudah boleh didapati di pasaran pada harga RM10,888 dan datang dengan dua pilihan warna Piao Black dan Yellow.