Bikesrepublic

Dalam Negara

Dua orang pemandu sebuah bas melarikan diri daripada bas yang dipandunya ketika menemui sekatan jalan raya. Sebelas penumpang di dalam bas tersebut terpaksa menanggung akibat tergendala perjalanan mereka.

Bas itu berada di dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur dan sedang menuju ke Nibong Tebal, Pulau Pinang, apabila dihentikan untuk pemeriksaan ketika operasi bersepadu oleh pihak berkuasa di Pusat Transformasi Luar Bandar (RRC) Gopeng, semalam.

Sebelas penumpang sebuah bas ekspres terpaksa menunggu lama apabila pemandu bas serta pemandu keduanya ‘lesap’ dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan operasi bersepadu pihak berkuasa di , di sini, malam tadi.

Pegawai-pegawai polis kemudiannya menaikki bas tersebut untuk membuat pemeriksaan dan menjumpai alat menghisap syabu di dalam beg di tempat duduk pemandu. Polis berkata terdapat sisa dadah yang dipercayai baru saja digunakan.

Bas berhenti ketika jam 10.30 malam dan kedua-dua pemandu tidak muncul setakat 11.55 malam. Tindakan pemandu bas itu yang memberhentikan kenderaannya berhampiran tandas awam di hentian RTC turut mengakibatkan sedikit kesesakan kerana menghalang laluan kenderaan berat lain.

Keratan akhbar tidak menyatakan nasib penumpang bas itu seterusnya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, operasi itu julung kali diadakan bertujuan memantau semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.

Katanya, operasi bersepadu diketuai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menyasarkan kenderaan perdagangan, membabitkan 144 kekuatan anggota dan 10 agensi penguat kuasa.

“Operasi fokus kepada pemantauan kenderaan perdagangan di kawasan RTC Gopeng. Ia salah satu program yang kita anjurkan bersama dengan agensi atau rakan strategik MKN,” katanya. Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh dan Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad.

Mohd Zawawi berkata, operasi bermula jam 8.30 malam dan berakhir 12 tengah malam menghasilkan sebanyak 61 saman dikeluarkan oleh JSPT Perak, membabitkan pemeriksaan ke atas 155 kenderaan perdagangan yang merangkumi 145 lori, enam van, serta empat bas.

BMW R 12 S (2025) telah dilancarkan, dan ia merupakan penghormatan yang amat cantik kepada BMW R90S (1973-1976).

Mengapa R90S menjadi sebuah motosikal ikonik? BMW mengatakan bahawa R90S “menetapkan tanda seru untuk BMW Motorrad dengan 67 hp, kelajuan tertinggi 124 mph (dianggap sebagai ‘penghalang bunyi’ untuk motosikal pada masa itu),  brek hadapan cakera berganda dan dinamik menunggang sukan.” Kita ketepikan ayat-ayat agensi Perhubungan Awam itu: R90S adalah motosikal yang memindahkan BMW daripada tanggapan “motosikal orang tua” ke dalam dunia motosikal prestasi. Malah, Reg Pridmore memenangi Kejohanan Superbike AMA 1976 dengannya. Cycle World menggelarnya sebagai motosikal yang memulakan revolusi sport-touring. Ia juga direka oleh Hans Muth, pereka yang kemudiannya merekabentuk Suzuki Katana yang pertama.

Rangkaian R nineT ialah rangkaian klasik moden untuk BMW dan telah menyaksikan beberapa lelaran indah bagi motosikal zaman dahulu, terutamanya R nineT Racer. Tetapi R 12 S ini paling cantik bagi kami setakat ini.

Berdasarkan R 12 nineT, BMW R 12 S menggunakan enjin Boxer 1170cc, penyejuk udara/minyak yang sama, dan menghasilkan 109hp dan 115Nm. Walaubagaimanapun, R 12 S ditambah dengan rim jejari dawai Option 719 Wheel Classic II, bar hendal dan tiub fork hitam. Enjin itu juga menampilkan beberapa bahagian hitam.

Skim cat dipanggil N42 Lava (yang asal dipanggil Daytona Orange) dan termasuk jalur merah serta jalur aluminium yang diberus pada tangki bahan api dan penutup tempat duduk belakang. Dan jangan lupa fairing lampu klasik, kerana R90S adalah motosikal pengeluaran pertama yang menampilkan ciri tersebut.

Ciri-ciri lain termasuk Hill Start Control, Gear Shift Assist Pro, cruise control, Headlight Pro.

Harga ialah USD21,590 (RM95,997.59) di AS sebelum cukai. Menyesal saya tidak menjadi broker saham dari dulu…

Sebuah bank pelaburan menaikkan unjuran jumlah jualan automotif  untuk tahun ini kepada 800,000 unit daripada 760,000 unit sebelumnya.

Unjuran daripada Hong Leong Investment Bank (HLIB Research) itu sekali gus berpotensi memecah rekod jumlah keseluruhan industri (total industry volume/TIV) tertinggi dalam sejarah, 799,731 unit yang dicatatkan pada tahun lalu.

Semakan semula oleh bank pelaburan itu mencerminkan pesanan tertunggak yang ketara untuk PERODUA dan usaha jualan yang mantap oleh pelbagai pengeluar peralatan asal (OEM) pada suku keempat 2024.

Pada Oktober, TIV telah melantun semula bulan ke bulan sebanyak 20.3 peratus kepada 69,900 unit, didorong oleh jadual pengeluaran penuh PERODUA dan dorongan jualan akhir tahun oleh OEM lain.

Bagaimanapun, TIV pada Oktober sebenarnya merupakan penurunan 9.1 peratus berbanding dengan bulan yang sama pada tahun lepas, disebabkan oleh pesanan tertunggak yang lebih rendah.

Jumlah jualan kenderaan di Malaysia pada Oktober 2024 meningkat 20 peratus berbanding September kepada 69,859 unit.

TIV bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024 adalah 2.4 peratus lebih tinggi kepada 664,002 unit berbanding 648,130 unit dalam tempoh sama 2023.

Dalam tempoh 10 bulan itu, kenderaan penumpang mencatatkan jualan sebanyak 608,225 unit, meningkat lima peratus berbanding 581,672 unit dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagi kenderaan komersial pula, jualan merosot sebanyak 16 peratus kepada 55,777 unit berbanding 66,458 unit.

Kami menjangkakan volum jualan akan kekal pada bulan-bulan akan datang berikutan pesanan tertunggak yang masih tinggi untuk PERODUA dan kempen jualan yang lebih agresif dilancarkan oleh pelbagai OEM.

Kami juga mendapati pelancaran yang lebih agresif oleh OEM dari China dengan harga dan ciri yang menarik, yang akan memberikan saingan sengit kepada OEM sedia ada,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut menaikkan unjuran TIV untuk jualan kenderaan baharu di Malaysia kepada 800,000 unit bagi tahun 2024.

Unjuran baharu itu bersamaan peningkatan sebanyak 35,000 unit berbanding jangkaan yang dibuat pada Julai lalu sebanyak 765,000 unit.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan membangkitkan isu amalan memperagakan model wanita berpakaian seksi dalam MotoGP kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan Rukun Negara.

Beliau memohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberhentikan perbuatan itu ketika Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi KBS di Dewan Rakyat semalam (27 November).

Baru-baru ini kita menonton pertandingan MotoGP Sepang 2024 pada awal November lalu.

Jadi saya ingin membangkitkan selain daripada acara baik dilaksanakan ada beberapa perkara yang mungkin boleh dibuat penambahbaikan.

Saya nak kongsikan berkaitan isu tradisi memperagakan model wanita seksi yang mencolok mata yang ada di sepanjang acara itu.

Ia kalau kita lihat bercanggah dengan ajaran Islam dan Rukun Negara kita yang kelima Kesopanan dan Kesusilaan sangat tidak patut sukan permotoran yang sininom dengan lelaki dan diminati pelbagai lapisan masyarakat disajikan dengan perkara sebegitu, malah ramai pengunjung merungut,” katanya.

Justeru, beliau memohon KBS memandang serius perkara terbabit seperti tindakan penambah baikan dalam isu penyerahan arak semasa perlumbaan Formula One (F1), sebelum ini. (Formula One sudah memberhentikan khidmat gadis pemegang payung sejak beberapa tahun lalu. – Pengarang)

Jadi saya mohon kalau boleh KBS dapat mengambil kira pandangan ini seperti mana kita buat pada sebelum ini.

Kalau kita tengok dalam kategori sukan F1 sebelum ini ada upacara arak diberikan atas podium tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebelum SIC tidak dihidupkan, kita lihat penyerahan arak itu tidak diberikan.

Ini satu perkara baik dan mungkin boleh diamalkan dalam negara kita khususnya dalam isu wanita mencolok mata ini,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Fawwaz turut bersetuju dengan perjanjian kerjasama dimeterai antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Petronas.

Saya bersetuju dengan perjanjian antara SIC dengan Petronas bekerjasama selama tiga tahun ini mengurangkan kebergantungan SIC kepada kerajaan.

Malah, rentetan perjanjian ini kalau kita lihat banyak program rancak dilaksanakan di SIC,” kataya.

KTM, GasGas, Husqvarna’s parent company, Pierer Mobility is now looking for a cash infusion. Things have gotten much more dire than expected, especially for the KTM brand.

The once proud Austrian manufacturer has since laid off jobs, fired four directors (one of them the grandson of KTM’s three founders), and restructuring the production. But nothing seems to work.

Just weeks after releasing their Q3 2024 financial report, Pierer Mobility released an “ad hoc announcement” saying, “The Executive Board is currently working on securing the financing of KTM AG, in particular on a bridge financing in the three-digit million range.” KTM is responsible for 95% of the group’s revenue but has seen a precipitous drop in sales. Adding to the hardship was Pierer Mobility’s acquisition of a controlling stake in MV Agusta and needing much resources to restructure it.

Another part of the statement says, “To this end, discussions are ongoing both with the core shareholder Pierer Bajaj AG and with existing financial creditors. The aim is to agree a standstill agreement with the financial creditors involved for the duration of these discussions as basis for the financial restructuring.

Is Pierer Mobility looking to sell a controlling stake to or a further merger with Bajaj? Bajaj and Pierer had been working together for many years, producing the smaller range of bikes of 125cc, 200cc, 250cc, and 390cc. The 390 platform is the best-seller the world over. Bajaj is one of the world’s biggest motorcycle makers hence has huge resources, so who knows.

Sebanyak 37,708 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam tempoh 13 hari sejak perlaksanaan Ops Khas Motosikal yang bermula pada 1 November 2024.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ia susulan pemeriksaan dijalankan pihaknya ke atas 136,067 motosikal. Pihaknya turut menyita 1,014 motosikal yang membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada insurans dan cukai jalan selain pengubahsuaian yang terlampau oleh pemilik motosikal.

Ops Khas Motosikal berkenaan akan diteruskan selama dua bulan sehingga Disember ini di seluruh negara. Penguatkuasaan secara berterusan ini adalah penting untuk mendidik dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Aprilia RS 457 (2024) akhirnya tiba dan dilancarkan di Malaysia, serta membawa potensi motosikal sport ringan yang berprestasi tinggi kepada peminat di sini.

Walaupun ia berkongsi beberapa ciri reka bentuk Aprilia RS 660 yang lebih besar, ia tidak dikecilkan daripada RS 660. Sebaliknya, ia adalah motosikal yang penuh dengan ciri-ciri tersendiri.

Ciri-ciri:
  • Enjin 457cc, berkembar selari, DOHC, lapan injap baharu yang menghasilkan 35kW (47.6hp) pada 9,400 RPM dan 43.5Nm tork pada 6,700 RPM.

  • 82% daripada tork maksimum itu disampaikan dari serendah 3,000 RPM, dengan sebaran 2,700 RPM yang luas antara tork puncak dan kuasa maksimum. Ini akan memberikan kuasa di mana-mana dalam julat RPM.
  • Memang, kuasa sepatutnya lebih tinggi tetapi 47.6hp adalah had untuk negara yang mempunyai peraturan lesen A2.

  • Beberapa langkah telah diambil untuk mengurangkan kehilangan kuasa akibat geseran dalam enjin termasuk menganjakkan silinder sebanyak 6.5mm dari garis tengah aci engkol, pam air dan aci pengimbang berpusing pada galas jejarum, dan pin omboh bersalut DLC.
  • Kotak gear juga berjalan pada sangkar penggelek dan bukannya sesendal.

  • Enjinnya ditempatkan dalam kerangka aluminium twin-spar. Spar diikat ke kepala stereng (headstock).
  • Walaubagaimanapun, lengan ayun adalah keluli dan bukannya aluminium dan pangsinya berada pada enjin.

  • Fork adalah jenis terbalik 41mm dan bolehlaras untuk prabeban, seperti monoshock belakang.
  • Brek di depan dikendalikan oleh cakera 320mm yang dicengkam oleh angkup empat piston ByBre.

  • ABS adalah standard, menggunakan sistem dua saluran Bosch. ABS belakang boleh dimatikan dengan menekan dan menahan butang Mod Menunggang (Ride Mode).
  • Rim dipasang dengan tayar 110/70-R17 dan 150/50-R17.

  • Di hadapan elektronik, terdapat tiga mod tunggangan iaitu ECO, SPORT, RAIN.
    Aprilia Traction Control (ATC) adalah standard dan boleh dilaraskan melalui tiga tahap ketika motosikal sedang bergerak.

  • Aprilia Quickshifter (AQS) adalah standard untuk penukaran gear atas dan bawah tanpa klac.
  • TFT bercahaya belakang 5-inci juga adalah standard, dan pemilik boleh menambahkan platform Aprilia Multimedia (MIA) untuk menyambungkan telefon pintarnya untuk panggilan telefon, penstriman muzik, navigasi dan rakaman data.

  • Akhir sekali, Aprilia RS 457 (2024) berkeberatan kering 159kg, dan 175kg sedia untuk ditunggang.

Terdapat tiga warna: Racing Stripes berharga RM35,900, manakala Prismatic Dark, dan Opalescent Light dijual pada RM33,900.

Sebagai salah satu komitmennya untuk memupuk pendidikan keselamatan bagi penunggang motosikal, Berjaya Sompo Insurance berbangga untuk menyokong pembangunan bakat masa depan dalam sukan lumba motosikal melalui tajaan aktiviti perlumbaan Hong Leong Yamaha Malaysia. (more…)

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 8.30 pagi tadi. Hujan itu telah menyebabkan Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak melimpah.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kawasan terjejas ialah Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato’ Onn) dan Jalan Kinabalu.

“Kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Maharajalela, Jalan Travers, Jalan Damansara (bawah jejambat Semantan), Jalan Ledang, Jalan Segambut dan Jalan Genting Klang berdepan Shell dan berhadapan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street).

“Kejadian itu berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 milimeter (mm) per jam yang mana bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar melebihi 114 mm per jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, petugas DBKL turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan itu dalam keadaan terkawal.

“Kerja itu termasuk penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik.

“Setakat jam 10.45 pagi tadi, semua laluan utama di pusat bandar sudah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala,” katanya.

Katanya, DBKL juga mengaktifkan dua pam statik di Jalan Sultan Azlan Shah.

Untuk rekod, lokasi di sekitar Bulatan Dato’ Onn dinaiki air dan DBKL bertindak membawa masuk tiga pam mudah alih bagi menyedut air bertakung yang menyebabkan keadaan kembali normal sekitar jam 9.18 pagi tadi.

Kerja pembersihan di sekitar Jalan Parlimen selesai dilaksanakan DBKL, manakala kerja pembersihan di Jalan Sultan masih berlangsung.

Berdasarkan tindakan proaktif diambil DBKL, majoriti kawasan terbabit dapat dikawal dan air bertakung surut dalam tempoh 30 minit.

Susulan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya.

Masalah brek dipercayai punca sebuah treler rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Pahat, Johor semalam.

Dalam kejadian itu, treler yang sarat dengan muatan batu batu dipandu oleh seorang lelaki berusia 46 tahun merempuh empat kereta serta dua motosikal yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan berlaku apabila lori terbabit dari Parit Sulong dalam perjalanan ke Johor Bahru.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi dengan jalannya menuruni bukit, pemandunya mendapati treler itu mengalami masalah brek sebelum merempuh kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit.

“Siasatan awal oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) mendapati kemalangan berlaku pada jam 3.47 petang.

“Rempuhan itu juga menyebabkan enam kenderaan mengalami kerosakan teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler terbabit bebas daripada pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa hingga menyebabkan kemalangan.

Justeru, katanya, orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah lori meluncur laju dan merempuh beberapa buah kenderaan Sri Medan.

Selepas merempuh beberapa kenderaan, lori terbabit kemudian berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) telah memperkenalkan kemas kini warna terkini untuk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES 2024. Tersedia dalam Matte Iridium Grey Metallic yang menarik dan menampilkan grafik segar pada Pearl Glare White, pilihan warna baharu ini menambahkan sentuhan berani dan moden pada motosikal pengembaraan ikonik ini.

Ketersediaan dan Harga

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES 2024 akan tersedia di semua pengedar sah Honda BigWing di seluruh negara, dianggarkan mulai 10 Oktober 2024, dengan harga bilik pameran yang disyorkan sebanyak RM119,388 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Ciri-ciri Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024)

Honda CRF1100L Africa Twin menampilkan enjin OHC 1084cc, silinder berkembar selari, penyejukan cecair, yang sesuai untuk kedua-dua perjalanan dekat dan jauh. Penambahbaikkan enjin telah menghasilkan peningkatan tork sehingga 7%, memberikan kuasa puncak 75kW pada 7,500rpm dan tork puncak 112Nm pada 5,500rpm. Roda hadapan bersaiz 19-inci yang besar meningkatkan kestabilan motosikal dengan ketara semasa menunggang di atas jalan, memberikan tunggangan yang lebih lancar dan terkawal dalam pelbagai keadaan, termasuk keupayaan luar jalan, menggalakkan kebolehgerakan yang lebih baik di atas rupa bumi yang kasar.

Ciri-ciri lain termasuk:

• Pusat graviti rendah dan pelepasan tanah minimum 220 mm.
• Ketinggian tempat duduk boleh dilaraskan kepada 820mm dan 840mm tanpa alatan untuk pijakan yang lebih baik.
• Bentuk kusyen pelana duduk diubah untuk menyokong keselesaan semasa menunggang untuk jangka masa yang lama.
• Rekabentuk baharu dan perlindungan angin yang dipertingkatkan.

Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000, yang mana dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila klik www.hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda BigWing berhampiran anda. Pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui nombor bebas tol kami di 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan wakil perhubungan pelanggan kami.

Ducati Malaysia sangat teruja untuk memperkenalkan Ducati Multistrada V4 RS (2024), sebuah motosikal jelajah sukan yang direkabentuk untuk peminat prestasi yang mencari kawalan dan kuasa muktamad. Menggabungkan kehebatan sukan Ducati yang terkenal dengan keupayaan jelajah yang unggul, Multistrada V4 RS menetapkan penanda aras baharu untuk motosikal berprestasi di Malaysia.

Ducati Multistrada V4 RS (2024): Pilih Semuanya

Multistrada V4 RS direka untuk menawarkan gabungan lancar DNA perlumbaan dan keselesaan jarak jauh, dan mewujudkan pengalaman menunggang yang tiada tandingan. Dilengkapi dengan enjin berkuasa 1,103 cc Ducati Desmosedici Stradale, Multistrada V4 RS memberikan kuasa 180 hp dan tork 125 Nm. Lelaran baharu ini menolak sempadan jelajah, menjadikannya sama-sama sesuai untuk keseronokan berkelajuan tinggi dan penerokaan merentas desa.

DNA perlumbaan, diselitkan dengan enjin dan alat-alat superbike

● Multistrada V4 RS adalah satu-satunya Multistrada yang dikuasakan oleh Desmosedici Stradale, enjin terbitan MotoGP yang digunakan pada Panigale dan Streetfighter.

● Desmosedici Stradale 1,103 cc hadir ke Multistrada sebagai versi khusus dengan penentukuran yang disemak semula dengan output 180bhp; 10bhp lebih daripada Multistrada V4.

● Sama seperti Panigale V4 SP2 , Multistrada V4 RS juga menampilkan klac kering STM EVO-SBK dalam aluminium bilet untuk prestasi dan bunyi Ducati yang jelas, dilengkapi dengan penyenyap Akrapovič.

Direka untuk diperhatikan. Baik dalam bentuk dan fungsi, diilhamkan oleh trek perlumbaan

● Menampilkan rekabentuk eksklusif dengan warna Iceberg White eksklusif dan sisipan merah yang dipertingkatkan dengan elemen grafik yang diinspirasikan oleh MotoGP.

● Nombor siri unik ditunjukkan pada kepala stereng pada plat aluminium anodis hitam.

● Komponen gentian karbon khusus seperti madgad hadapan, pelindung tangan, perisai haba dan “paruh” hadapan adalah item eksklusif untuk Multistrada V4 RS.

● Meningkatkan penampilan dan prestasi tunggangan, bahagian ekor teknopolimer dan subframe titanium menyerlahkan sikap sukan Multistrada V4 RS sambil menawarkan penjimatan berat 2.5kg.

Peningkata Prestasi dan Unik bagi Multistrada V4 RS

● Multistrada V4 RS dilengkapi dengan roda aluminium tempaan Marchesini 17″, memberikan ketepatan maksimum pada permukaan jalan dan jumlah pengurangan berat sebanyak 2.7kg berbanding roda tuangan standard.

● Bar hendal dan genggaman telah digantikan dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty yang meningkatkan maklum balas dan mencipta pengalaman menunggang yang lebih langsung.

● Mod Kuasa Penuh (Full Power Mode), dikaitkan secara standard dengan Mod Menunggang Perlumbaan (Race Riding Mode), diperkenalkan buat pertama kali dalam keluarga Multistrada; ini memberikan kuasa maksimum dalam semua gear, dengan tindak balas segera daripada pendikit.

Berkongsi keterujaannya mengenai pelancaran itu, COO Ducati Malaysia, Dennis Michael, berkata: “Kami sangat teruja untuk akhirnya memperkenalkan Multistrada V4 RS kepada penunggang di Malaysia. Dengan pelancarannya tepat pada masanya menjelang MotoGP Sepang 2024, model ini merangkum DNA perlumbaan Ducati, memberikan pengalaman memacu adrenalin untuk penunggang yang mendambakan prestasi terbaik.

V4 RS menolak sempadan kelajuan dan ketepatan, menjadikannya mesin yang mesti dimiliki bagi mereka yang menuntut yang terbaik. Apabila keterujaan semakin meningkat untuk MotoGP, kami sangat teruja untuk menawarkan peminat kami model baharu yang luar biasa ini.”

Ducati Multistrada V4 RS (2024) kini boleh didapati di semua pengedar Ducati di seluruh Malaysia, dengan harga bermula RM285,900.00. Kunjungi bilik pameran Ducati Malaysia terdekat anda untuk merasai pengalaman jentera yang luar biasa ini.

Waranti Ever Red Factory 3-Tahun: Ketenangan Fikiran Maksimum

Ducati Malaysia dengan bangganya menawarkan Waranti Ever Red Factory 3-Tahun, yang didatangkan dengan semua motosikal Ducati dan Scrambler Model 2024 baharu dan seterusnya. Program ini direka untuk menyediakan pemilik Ducati dengan ketenangan fikiran dan sokongan yang tiada tandingan.

Sorotan utama termasuk:

● Dibuat khusus untuk Pemilik Ducati: Direka khas untuk peminat Ducati, program jaminan eksklusif ini memberikan manfaat dan sokongan yang tiada tandingan yang hanya Ducati Malaysia tawarkan.

● Perbatuan Tanpa Had: Terima kebebasan untuk meneroka jalan terbuka tanpa had, kerana Waranti Kilang Ever Red termasuk perbatuan tanpa had, sesuai untuk semangat pengembaraan pelumba Ducati.

● Ketenangan Fikiran Maksimum: Dengan tempoh perlindungan selama tiga tahun, Ducati Malaysia menunjukkan keyakinannya terhadap kualiti dan ketahanan motosikalnya, memastikan hanya alat ganti Ducati Tulen digunakan untuk penyelenggaraan.

Untuk kemas kini dan maklumat lanjut, ikuti Ducati Malaysia di Facebook atau Instagram.

Pemilikan Lebih Cepat dan Mudah dengan Ducati Corse Credit Financing

Semua model Ducati dan Scrambler Ducati akan disediakan untuk pemilikan melalui pilihan pembiayaan eksklusif – Ducati Corse Credit. Pelan pembiayaan itu menggabungkan ciri yang menjadikan pemilikan Ducati lebih lancar:

• Dibuat khusus untuk motosikal Ducati dan Scrambler.

• Skim pembayaran balik yang fleksibel.

• Kelulusan yang lebih cepat.

• Kadar faedah serendah 4.88%.

• 10% pilihan bayaran muka.

Untuk menerima kemas kini tepat pada masanya dan untuk maklumat lanjut tentang jenama, produk dan acara Ducati, ikuti Ducati Malaysia di Facebook atau Instagram.

Ducati Multistrada V4 RS (2024) Photo Gallery

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube