Bikesrepublic

Luar Negara

Pirelli disahkan akan mengambil alih sebagai pembekal tayar tunggal daripada Michelin untuk kejuaraan MotoGP bermula 2027.

Siri perlumbaan motosikal elektrik, MotoE, juga akan menggunakan tayar Pirelli dari saat itu dan seterusnya.

Perjanjian dengan badan pentadbir MotoGP akan meliputi tempoh lima tahun sehingga 2031. Pirelli sudah menjadi pembekal tayar tunggal untuk kelas Moto3 dan Moto2, selepas mengambil alih dari Dunlop sejak tahun lalu. Langkah ini menyaksikan masa pusingan menurun dengan ketara serta perlumbaan yang lebih rapat.

Pirelli telah menjadi pembekal tayar untuk Kejuaraan World Superbike selama bertahun-tahun. Selain perlumbaan motosikal, Formula 1 juga menggunakan tayar Pirelli, menjadikan syarikat itu sebagai pembekal untuk peringkat tertinggi perlumbaan bermotor.

Sebaliknya, Dunlop adalah pembekal tayar tunggal untuk kategori Superstock dalam Kejuaraan Dunia Ketahanan FIM.

Walau bagaimanapun, kami mengesyaki ia tidak akan menghalang sesetengah orang daripada merungut untuk membawa kembali jenama tertentu. Sebelum ini, apabila Bridgestone pertama kali masuk ke MotoGP, ramai yang mengatakan Michelin lebih baik. Kemudian, apabila Michelin kembali, mereka mengatakan Bridgestone lebih baik. Ia akan menarik untuk melihat jenis komen apa yang akan muncul seterusnya.

Triumph sekali lagi memecahkan rekod jualan, dengan 134,635 motosikal dijual di seluruh dunia pada tahun 2024, yang turut merupakan peningkatan sebanyak 64% berbanding tahun 2023. Ini juga merupakan kali pertama jenama tersebut menjual lebih daripada 100,000 unit dalam sejarah 122 tahun mereka.

Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Triumph mencapai rekod tertinggi, mewakili peningkatan sebanyak 123% sejak tahun 2019. Pertumbuhan jualan yang berterusan ini tercermin dalam pengembangan rangkaian pengedar syarikat yang kini mencapai lebih daripada 950 pengedar global, iaitu peningkatan sebanyak 46%.

Meneliti pencapaian penting mereka pada tahun 2024, Triumph menyatakan bahawa rekod jualan tersebut banyak didorong oleh kemasukan mereka ke dalam pasaran motosikal bawah 500cc, yang telah menarik minat penunggang baharu kepada jenama tersebut. (Tidak mengejutkan!) Kejayaan ini disebabkan oleh pelancaran model Speed 400 dan Scrambler 400 X yang dibangunkan sebagai tindak balas kepada permintaan global yang semakin meningkat untuk motosikal berkapasiti lebih kecil.

Triumph melaporkan bahawa pertumbuhan terbesar dicapai di India, di mana jualan motosikal 400cc menyumbang secara besar kepada jumlah 29,736 unit yang dijual di negara tersebut. Pengeluar itu tidak memberikan butiran terperinci, tetapi melaporkan bahawa pasaran lain seperti Brazil, Kanada, dan AS turut menonjol dengan peningkatan jualan sebanyak 44% berbanding tahun 2023. Walaupun pasaran Eropah mencatatkan pertumbuhan yang lebih kecil iaitu 18%, Triumph mengesahkan bahawa Eropah kekal sebagai wilayah terbesar bagi jenama tersebut.

Kami mempunyai rangkaian model baharu yang kukuh yang akan menjadikan produk kami terus berkembang untuk menarik minat lebih ramai penunggang,” kata Ketua Pegawai Komersial Triumph, Paul Stroud. “Oleh sebab itu, kami terus merancang dengan cita-cita tinggi, meramalkan pertumbuhan progresif yang berterusan, yang akan membawa lebih ramai pelanggan kepada jenama Triumph dalam tahun-tahun mendatang.”

Tayar Pirelli sentiasa dikaitkan dengan motosikal berprestasi tinggi di jalan raya dan litar. Walaubagaimanapun, satu kekurangan yang ketara ialah rangkaian tayar untuk motosikal kruiser. Oleh itu, tayar Pirelli Diablo Powercruiser telah dilancarkan pada Daytona Bike Week yang baru-baru ini.

Membina tayar yang sesuai untuk motosikal berkelajuan tinggi dan berprestasi tinggi adalah satu perkara, tetapi motosikal kruiser menghasilkan tork yang lebih banyak pada kelajuan yang lebih rendah dan mempunyai berat yang lebih besar. Memasang satu set tayar Diablo Super Corsa atau Rosso Corsa IV akan menyebabkan tayar tersebut cepat rosak, apatah lagi ia boleh menjadi bahaya.

Oleh itu, Pirelli telah menggunakan kepakaran mereka dalam bidang sukan ‘supersport’ untuk mencipta tayar Pirelli Diablo Powercruiser baharu ini. Tayar ini perlu menangani tekanan dinamik yang lebih tinggi, sama ada ketika condong, membrek, atau memecut, sambil memberikan tahap cengkaman yang tinggi dalam apa jua keadaan.

Saiz radial belakang direka dengan dua kompaun, diperkaya dengan silika (sangat baik untuk cengkaman basah dan jarak ketahanan), dan digabungkan dengan teknologi Cap & Base yang menyediakan kompaun lateral yang lebih lembut. Seperti beberapa produk lain dalam rangkaian Pirelli, tayar ini berubah bentuk dan menyesuaikan diri dengan cara motosikal dipandu, yang bermaksud ia dikatakan bertindak balas dengan sewajarnya mengikut kelajuan motosikal, memberikan lebih banyak cengkaman apabila diperlukan.

Untuk meningkatkan dinamik pengendalian, bahagian tengah tayar Powercruiser baharu ini lebih berbentuk ‘tajam’ berbanding beberapa produk lain. Pirelli mendakwa dapat meningkatkan perubahan arah yang pantas, manakala bahagian bahu yang lebih rata menawarkan tahap cengkaman yang lebih baik ketika membelok.

Walau bagaimanapun, seperti yang dapat dilihat dari jadual di bawah, tahap kelajuan tertinggi adalah “V” untuk kelajuan maksimum 240 km/j (pada tekanan dan beban maksimum).

Saiz tayar merangkumi saiz rim dari 16 hingga 21 inci untuk roda depan, dan dari 16 hingga 18 inci untuk roda belakang. Lebar tayar belakang dalam rangkaian baharu ini meliputi rim dengan bahagian 150 hingga 260.

Kami mula kedengaran seperti rekod yang rosak… atau senarai Spotify yang berulang, kerana kami sekali lagi mengatakan bahawa Zontes mempunyai aspirasi untuk menakluki pasaran motosikal dunia. Tidak lama selepas pelancaran skuter pengembaraan 368G, motosikal dwi-sukan 703F, dan motosikal sport 703RR, kini muncul pula kruiser Zontes 703V.

703V sebenarnya adalah ahli keempat dalam keluarga 703, memandangkan syarikat telah mendedahkan motosikal naked 703R.

Oh ya, nombor “703” merujuk kepada enjinnya: “700cc, 3-silinder.” Enjin ini berisipadu 699cc, dilengkapi dengan DOHC, dan bergantung pada penalaan, menghasilkan 76hp untuk model 703F dan 100hp untuk model 703RR. 703V nampaknya menggunakan penalaan 100hp dan 85.4Nm, yang merupakan berita baik.

Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan kaliper brek Brembo di bahagian hadapan. Namun, Zontes membenarkan pengimport untuk memilih antara kaliper Brembo atau J.Juan. Lagipun, J.Juan dimiliki oleh Brembo.

Zontes 703V masih berada di peringkat prototaip, tetapi kita boleh menjangkakan semua peralatan dan spesifikasi terbaik apabila ia mula dikeluarkan untuk pengeluaran.

Dalam satu lagi khabar angin atau berita sensasi – bergantung kepada sama ada ia akan berlaku – dalam saga KTM, BMW dikatakan berminat untuk membeli KTM.

Berita ini disiarkan oleh media perniagaan Austria oe24, yang mengatakan mereka mendapat maklumat daripada seorang dalaman yang biasa dengan penyusunan semula KTM. Pemiutang dijangka mengundi masa depan KTM AG hari ini (25 Februari) pada pukul 9:00 pagi waktu Austria (4:00 petang waktu Malaysia). Sumber dalaman itu juga memberitahu oe24 bahawa Dr. Peter Vogl, pentadbir muflis, “mempunyai keutamaan untuk pembeli tertentu, iaitu BMW Motorrad.

Pada mesyuarat penyelesaian pada hari Selasa, BMW Motorrad bercadang untuk melabur dan meneruskan jenama KTM,” tambahnya lagi.

Walaubagaimanapun, mengambil laluan BMW akan menjadi malapetaka bagi 4,500 pekerja KTM kerana mereka mungkin diberhentikan menjelang akhir tahun 2025. Dikatakan bahawa BMW ingin memindahkan jabatan penyelidikan dan pembangunan KTM ke Munich, Jerman, manakala produksi akan dipindahkan sepenuhnya ke India.

Selain itu, pembekal KTM yang sedia ada di Austria juga akan rugi jika perjanjian dengan BMW berjaya, kerana BMW pasti akan menggunakan pembekal mereka sendiri. Oleh itu, terdapat kebimbangan bahawa akan berlaku kebankrapan besar-besaran di Austria.

Jika itu belum cukup teruk, pengambilalihan BMW bermakna pembayar cukai Austria perlu menanggung €225 juta kerana dana penyamaan beban muflis negara akan membayar untuk pekerja yang diberhentikan.

Sebaliknya, pembelian oleh BMW akan melihat rancangan MotoGP BMW Motorrad mungkin dipercepatkan.

Suka atau tak suka, Valentino Rossi adalah legenda MotoGP. Tidak menghairankan bahawa masih terdapat banyak jenama yang berminat untuk terus bekerjasama dengannya, termasuk penyokong lamanya, Dainese. Dan untuk memperingati hari lahirnya yang ke-46, syarikat Itali itu telah melancarkan sut perlumbaan edisi terhad Soleluna Vale46 Anniversario dan topi keledar AGV (AGV di bawah Dainese).

Sut baharu itu menggunakan butiran rekabentuk tanda dagangan terkenal Rossi, seperti motif matahari dan bulan. Matahari dan bulan (oleh itu Soleluna) menandakan terang dan gelap, yang Rossi telah menyamakan personalitinya di dalam dan di luar trek.

Motif-motif tersebut menghiasi sut Dainese Demone GP D-air 3x, yang diperbuat daripada kulit kanggaru. Apa yang kita boleh lihat, sut itu mempunyai perincian emas yang lebih banyak berbanding kuning pendarfluor tandatangan Rossi, jadi pemakainya tidak kelihatan seperti ‘pen highlighter‘ sebagaimana pengulas MotoGP Julian Ryder menggelarnya. Topi keledar itu ialah AGV Pista GP RR, yang menampilkan asas hitam dan karbon dengan perincian daun emas yang unik bersama dengan warna kuning pendarfluor yang terkenal itu.

Hanya 46 set sut dan helmet ini akan dihasilakn. Bagaimanapun, Rossi tidak akan mendapat yang pertama. Sebaliknya, set yang pertama dengan nombor siri 01/46 adalah untuk lelongan amal khas yang akan memanfaatkan badan amal yang dipilih oleh Dainese dan The Doctor.

Ironinya, sut itu tidak sesuai untuk menunggang jalan atau trek mengikut Dainese, jadi ia adalah hanya untuk pengumpul. Mereka akan mula dijual di kedai Dainese yang dipilih khas, kedai VR46, muzium, litar lumba dan galeri seni. Setiap pembelian akan dilengkapkan dengan sijil ketulenan dan setiap sut serta topi keledar ditandatangani oleh Rossi sendiri. Pengilang tidak mendedahkan harga set sut dan topi keledar, yang bermaksud ia adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh kebanyakan kita (termasuk kami!).

Source: Visordown.com

Ducati XDiavel V4 (2025) telah membuat penampilan sulungnya dan kini dikuasakan oleh enjin V4.

Sistem Kuasa

Enjin Granturismo V4 sudah digunakan dalam barisan Diavel S dan Multistrada V4. Oleh itu, motosikal baru ini menawarkan 168 hp (124 kW) pada 10,750 RPM dan 126 Nm pada 7,500 RPM, berbanding 160 hp (118 kW) dan 127 Nm pada 5,000 RPM yang dihasilkan oleh enjin Testastretta DVT V2 1262cc sebelumnya. Ini merupakan peningkatan kuasa puncak sebanyak 8hp, walaupun tork maksimum telah beralih sebanyak 2,500 RPM ke atas dalam julat kuasa.

Namun kuasa maksimum hanyalah sebahagian daripada cerita, kerana enjin V4 ini dilengkapi dengan aci engkol yang berputar berlawanan arah yang meningkatkan kelincahan. Selain itu, Ducati XDiavel V4 (2025) mempunyai berat sebanyak 229 kg, iaitu 6 kg lebih ringan daripada model sebelumnya. Ya, enjin V4 sebenarnya lebih ringan daripada enjin V2. Jadi, lebih banyak kuasa, kurang berat bermakna motosikal yang lebih laju dan lincah.

Casis

Tugas suspensi dikendalikan oleh fork terbalik 50mm yang boleh dilaras sepenuhnya di bahagian hadapan, dilengkapi dengan monoshock yang juga boleh dilaras sepenuhnya di bahagian belakang. Lengan ayun merupakan jenis sebelah tunggal aluminium.

Masih mengenai casis, sistem brek terdiri daripada kaliper Brembo Stylema monobloc empat piston yang mencengkam dua cakera 330mm di bahagian hadapan. Brek belakang pula menggunakan satu cakera 265mm yang dicengkam oleh kaliper Brembo dua piston.

Kedudukan menunggang juga telah dikaji semula dengan handel yang diturunkan dan didekatkan kepada penunggang. Tempat duduk kini dilengkapi dengan bahan yang lebih tebal untuk keselesaan yang lebih baik.

Elektronik

Beralih kepada ciri-ciri elektronik, Ducati XDiavel V4 2025 mempunyai tiga mod kuasa dengan empat mod menunggang iaitu Sport, Touring, Urban, dan Wet. Kawalan traction, kawalan wheelie, ABS membelok, kawalan cruise, dan quickshifter, semuanya ada.

Skrin TFT warna baharu bersaiz 6.9 inci telah juga dipasang. Ia menawarkan sambungan Bluetooth untuk pautan telefon pintar bagi panggilan, mesej teks, dan muzik, atau menggunakan sistem navigasi langkah demi langkah (hanya tersedia sebagai aksesori) melalui Aplikasi Ducati Link.

Pilihan warna

Terdapat dua warna baharu untuk Ducati XDiavel V4 2025 yang dipanggil Burning Red dan Black Lava, kedua-duanya metalik. Harga belum didedahkan.

Pelancong Malaysia dinasihat agar tidak mengunjungki perkampungan nelayan di daerah Narathiwat, Thailand. Kenyataan itu dikeluarkan oleh ketua polis daerah berkenaan.

Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Pratya Baite berkata pengedar dadah di wilayah itu biasanya akan memilih perkampungan nelayan untuk membina sarang mereka.

“Kami mendapat maklumat bahawa pengedar dadah di wilayah ini akan menggunakan kampung-kampung ini sebagai tempat mengumpul dan menjual dadah kepada pengedar tempatan.

“Oleh itu, polis Narathiwat akan melakukan operasi berkala di kampung-kampung ini untuk menangkap mereka yang terlibat. Operasi akan dijalankan sepanjang masa dan setakat ini, ia berjaya,” katanya kepada NST.

Justeru, beliau menasihatkan pelancong Malaysia supaya tidak sesekali mengunjungi perkampungan nelayan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, Pratya berkata, pil yaba dan heroin masih menjadi dadah paling popular yang dicari oleh pengedar Malaysia di Thailand, berdasarkan maklumat pembekal dadah Thailand yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Sejak dua tahun lalu, polis daerah tidak menahan mana-mana pengedar dadah warga Malaysia, bagaimanapun, kami menahan ramai pengedar warga Thailand yang mengatakan kedua-dua jenis dadah ini popular dalam kalangan pengedar warga Malaysia.

“Pusher Malaysia biasanya akan membeli dadah daripada pengedar Thailand yang berhampiran sempadan, seperti dari daerah kecil Sungai Golok,” katanya.

Honda menjangka untuk menjual 20.2 juta motosikal di seluruh dunia pada tahun fiskal 2024 mereka yang berakhir pada 31 Mac 2025.

Sekiranya itu berlaku, ia mewakili peningkatan 8% daripada tahun fiskal 2023, yang menyaksikan jualan sebanyak 18.7 juta unit.

Jumlah itu menyamai hampir 40 peratus pasaran motosikal dunia. Penyumbang terbesar dijangka daripada Asia, lebih khusus di Indonesia, Thailand, India dan Vietnam. Wilayah ini sahaja akan menyaksikan kira-kira 17.1 juta jualan (84.6 peratus).

Pasaran lain seperti Jepun, Eropah, dan Amerika Syarikat akan membentuk gabungan 1.2 juta motosikal (5.9 peratus).

Honda mengeluarkan motosikal dalam pelbagai bentuk dan saiz, sekali gus mampu mendapat permintaan di mana-mana pasaran. Motosikal berkapasiti lebih kecil menguasai jalan-jalan Asia Tenggara, manakala model berkapasiti lebih besar adalah ruji di benua Eropah dan Amerika Utara.

Syarikat itu turut akan meletakkan sasaran mereka di rantau Asia Barat Daya di mana 50 juta motosikal telah dijual.

By the way, sekadar perbandingan, BMW Motorrad menjual 210,408 motosikal pada 2024. Jadi, ini bermakna Honda akan menjual 100 lebih daripada itu.

Terdapat Honda Gl1800 Gold Wing dengan dua warna khas untuk meraikan ulang tahun ke-50 model itu.

Pertama kali dilancarkan pada tahun 1975 sebagai GL1000 dengan enjin empat silinder mendatar, Gold Wing telah berkembang selama bertahun-tahun kepada enjin enam silinder mendatar 1833cc semasa. Kemas kini lengkap terakhir adalah pada 2018 yang menyaksikan ia memperoleh fork ‘girder‘ dan DCT (Dual Clutch Transmission) Honda.

Kemas kini telah diberikan kepada kedua-dua varian standard dan Tour bagi motosikal tersebut – termasuk dua kemasan cat baharu yang dipengaruhi oleh model masa lalu. Antaranya ialah gabungan Eternal Gold dan Mahogany Brown, yang mendapat inspirasi daripada varian GL1500 1988 – dengan lencana unik turut menandakan hari jadi istimewa.

Sensor O2 tambahan dipasang pada sistem ekzos, serta kemas kini pada ECU untuk menjadikan enjin 124.7hp untuk memenuhi peraturan Euro5+. Pembeli boleh memilih antara pilihan transmisi manual dan DCT.

Pencapaian seterusnya termasuk lambang Gold Wing pada kunci dan paparan TFT tujuh inci, yang didatangkan lengkap dengan ulang tahun ke-50 dan lambang ‘Sejak 1975’.

Selain itu, 1833 motosikal pertama yang dijual di seluruh Eropah (mengikut kapasiti enjin) akan datang dengan model replika berukuran 280mm panjang, dengan tinggi 152mm.

Rombakan juga telah dibuat pada teknologi audio dan penunggang/pembonceng, dengan Apple CarPlay dan Android Auto wayarles tersedia, di samping sistem pembesar suara baharu untuk audio yang lebih baik pada kelajuan tinggi.

Selanjutnya, ciri ‘Ducking’ akan merendahkan muzik latar secara automatik semasa perbualan melalui komunikasi, dan anda mendapat dua soket pengecasan USB-C untuk telefon pintar pada kedua-dua varian standard dan Tour.

Sah: MV Agusta kembali di bawah kawalan Timur Sardarov. Ia telah dijual kepada Art of Mobility S.A., sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga Sardarov.

Pierer Mobility AG (PMG), syarikat induk bagi KTM AG, secara rasmi mengesahkan bahawa mereka telah menjual 50.1% kepentingan mengawal mereka dalam jenama legenda itu. PMG telah membeli 25.1% saham MV pada November 2022, sebelum memperoleh tambahan 25% pada musim bunga 2024.

Syarikat Austria itu telah memutuskan untuk melepaskan MV Agusta hampir sejurus selepas mereka memasuki “proses pentadbiran sendiri” yang berterusan selama 90 hari.

PMG menyatakan bahawa urus niaga tersebut akan diselesaikan pada separuh pertama tahun 2025. Nilai jualan tersebut dikatakan berada dalam “pertengahan puluhan juta.”

Timur Sardarov berkata, “Ini adalah saat kebanggaan bagi kami semua di MV Agusta. Mengambil alih kawalan penuh ke atas syarikat bermakna kami kini lebih kuat dan lebih fokus daripada sebelumnya untuk memberikan kecemerlangan.

Sepanjang dua tahun yang lalu, syarikat telah mengukuhkan proses, sistem, dan tenaga kerjanya dengan ketara. Perubahan struktur ini adalah asas kepada keputusan luar biasa yang dicapai pada tahun 2024 dan akan terus mendorong kejayaan kami pada tahun-tahun akan datang.

Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap pasukan kepimpinan kami, yang visinya, digabungkan dengan dedikasi dan profesionalisme rangkaian pengedar kami yang diperbaharui, akan membawa MV Agusta ke tahap yang lebih tinggi. Komitmen saya, dan keluarga saya, adalah untuk menjadi tenaga penting bagi pasukan Varese, wilayah ini, dan semua rakan kongsi kami.

Menurut MV, kesemua 219 pengedar global dan 41 pusat servis mereka akan terus beroperasi seperti biasa. Bilangan pengedar juga dijangka meningkat kepada 270 menjelang akhir tahun 2025. Syarikat itu telah menjual 4000 motosikal, mewakili kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 116% berbanding tahun 2023.

Model retro moden Yamaha XSR155 (2025) telah dilancarkan di Indonesia.

Kami tidak mempunyai model retro moden XSR900 di Malaysia, walaupun ia berkongsi platform yang sama dengan MT-09. Walaubagaimanapun, XSR155 adalah lebih sesuai kerana ia berkongsi platform enjin yang sama dengan tiga model terlaris Yamaha, iaitu skuter sport Y16ZR, skuter NVX, dan motosikal sport R15M. Sebagai ringkasan, enjin ini dilengkapi dengan empat injap dan teknologi pembukaan injap boleh laras (VVT).

Yamaha Indonesia mendakwa enjin tersebut menghasilkan 19 hp pada 10,000 RPM dan 14.7 Nm pada 8,500 RPM. Secara perbandingan, kedua-dua angka ini adalah lebih tinggi daripada Y16ZR di Malaysia, iaitu 17.7 hp pada 9,500 RPM dan 14.4 Nm pada 8,500 RPM. Nampaknya ECU model Indonesia kurang terhad dan boleh berputar lebih tinggi.

Apa-apa pun, Yamaha XSR155 2025 di Indonesia menampilkan skema warna klasik coklat yang dipanggil “Metallic Brown Authentic”. Warna ini dilengkapi dengan tempat duduk berbentuk “bread loaf”. Risalah Yamaha Indonesia tidak menunjukkan sebarang beg tepi, tetapi kami pasti beg tepi berwarna coklat akan kelihatan hebat pada motosikal ini.

Jadi, bagaimana dengan model ini, Hong Leong Yamaha Motor? Mungkin agak sukar untuk mencari pasaran bagi XSR900, tetapi XSR155 sepatutnya mampu dimiliki oleh ramai.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube