- Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017.
- Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang akan turut serta bertanding; penunggang Moto2 Hafizh Syahrin, penunggang ARRC semasa Azlan Shah, dan juga juara ARRC 2016 Zaqhwan Zaidi.
- Hafizh Syahrin akan berlumba bersama Team Kagayama di atas jentera Suzuki GSX-R1000, Zaqhwan Zaidi dengan Team Satu HATI di atas jentera Honda CBR1000RR yang terkini, dan Azlan Shah akan berlumba bagi Team Green dan jentera tersohornya Kawasaki ZX-10R.