Bikesrepublic

MotoGP

  • Penunggang MotoGP Jonas Folger telah mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dalam musim 2018 MotoGP.
  • Setelah gagal untuk pulih secara fizikal dan mental, penunggang berusia 24 tahun dari Jerman itu telah membuat keputusan tersebut walaupun setelah melalui satu musim sebagai penunggang ‘rookie’ yang amat memberangsangkan pada tahun 2017.
  • Folger telah didiagnos dengan keadaan genetik yang jarang ditemui, dinamakan “Gilbert Syndrome”, di mana buah pinggangnya tidak dapat memproses toksin badannya dengan berkesan.

(more…)

 

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”.
  • Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin.
  • Kawasaki Malaysia dikenali kerana aktif bergiat dalam mendokong arena perlumbaan tempatan dan industri sukan permotoran kebangsaan.

(more…)

  • Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
  • Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.
  • Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol Sepanyol dan juga Asian Road Racing Championship (ARRC) beserta dengan Malaysia Superbike Championship (MSC).

(more…)

  • Ducati Team telah memperkenalkan jentera perlumbaan terkini mereka dalam bentuk Ducati Desmosedici GP18.
  • Bersama dengan Joge Lorenzo dan Andrea Dovizioso, kemasan grafik itu terdiri dari gabungan warna merah dan putih Ducati serta kelabu.
  • Tidak ada banyak maklumat yang telah diberikan mengenai motosikal pengilang Ducati MotoGP 2018 ini kecuali penambahan kuasa kudanya.

(more…)

 

  • Musim 2018 MotoGP akan menyaksikan ke semua penunggang tetap memakai sut perlumbaan berbeg udara sekiranya mereka ingin bertanding di dalam kategori perlumbaannya.
  • Ke semua sut perlumbaan mestilah dilengkapi dengan sistem beg udara yang akan memberikan perlindungan pada bahagian bahu dan tulang selangka.
  • Ini adalah satu langkah yang baik memandangkan para pengeluar akan melabur dengan lebih lagi untuk sebuah sistem beg udara yang mana akan membuatkannya lebih tersedia untuk para pengguna.

(more…)

  • Kategori perlumbaan Moto2 dengan nyata sekali telah didominasi oleh sebuah pengeluar casis motosikal iaitu Kalex.
  • Dengan sebuah casis berteknologi paling maju, hampir 70% daripada keseluruhan penunggang dalam kelas perlumbaan pertengahan menggunakan Kalex untuk musim 2017.
  • Para penunggang seperti Johann Zarco, Franco Morbidelli, dan juga Hafizh Syahrin telah menggunakan motosikal Kalex kerana kehebatannya itu.

(more…)

 

  • Melihat kembali pada musim MotoGP 2017, Johann Zarco mengungguli senarai kami sebagai ‘Penunggang Terbaik Tahun 2017’.
  • Setelah memenangi 2 kejuaraan Moto2 secara berturut-turut, penunggang muda kelahiran Perancis itu telah berpindah ke kelas MotoGP sebagai seorang penunggang rookie, tetapi, telah menunggang seperti seorang penunggang amat berpengalaman yang sedang mengejar takhta kejohanan.
  • Secara keseluruhannya, dia telah menamatkan musim itu dengan tiga penamat di atas podium, 174 mata, dan gelaran “MotoGP 2017 Rookie of the Year”.

(more…)

  • Desas-desus mengenai juara WorldSBK, Jonathan Rea, berpindah ke MotoGP telah timbul sekali lagi.
  • Selepas memenangi kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut bersama pasukan Kawasaki Racing Team (KRT), Rea bakal meneruskan kerjaya WorldSBK-nya sehingga hujung tahun 2018.
  • Rea mengatakan bahawa dia hanya akan berpindah sekiranya ada kekosongan dalam pasukan pengilang MotoGP.

(more…)

  • Penunggang Moto3, Juanfran Guevara, dengan secara rasminya mengumumkan persaraannya daripada dunia perlumbaan motosikal.
  • Keputusan ini telah diambil disebabkan tekanan yang dihadapi berkaitan perlumbaan motosikal dan penajaan yang diperlukan bagi meneruskan usahanya itu.
  • Penunggang berusia 22 tahun dari Sepanyol itu telah memutuskan untuk menumpukan perhatian pada kerjayanya dalam perniagaan dan menyambung pelajaran.

(more…)

  • Pegawai SIC telah mengumumkan bahawa Petronas tidak akan menaja Hafizh Syahrin untuk Moto2 musim 2018.
  • Desas desus itu akhirnya telah disahkan lewat semalam tetapi SIC juga telah mengatakan bahawa penunggang berusia 23 tahun itu akan masih berlumba pada tahun 2018 bagi sebuah pasukan Moto2 SIC yang baru ditubuhkan.
  • Petronas hanya akan menaja penunggang Moto3 pada musim hadapan di bawah pasukan Petronas Sprinta Racing, iaitu Adam Norrodin dan Ayamu Sasaki.

(more…)

Sumber imej: Autosport

 

  • Dorna telah mengumumkan yang Michelin bakal menjadi pembekal tayar rasmi bagi siri perlumbaan FIM Moto-e World Cup 2019.
  • Bakal menggunakan motosikal perlumbaan elektrik keluaran Energica, siri perlumbaan motosikal elektrik pertama seadanya di dunia ini akan mendapat sokongan padu dari pembekal tayar rasmi MotoGP.
  • Memandangkan yang motosikal perlumbaan elektrik mungkin sekali akan mencecah 140hp dan 200Nm tork, ianya satu tindakan yang tepat memilih Michelin untuk tugas yang bersejarah ini.

(more…)

 

  • Pengeluar motosikal elektrik yang bertapak di Itali, Energica, telah dipilih sebagai pembekal enjin tunggal bagi Moto-e World Cup 2019.
  • Selepas beberapa perbincangan, motosikal Energica Ego telah terpilih sebagai motosikal perlumbaan asas yang menghasilkan sekitar 140hp dan 195Nm tork maksima.
  • Siri perlumbaan yang baru itu dikatakan untuk menginovasikan lagi dunia perlumbaan motosikal dengan motosikal superbike yang tercanggih tanpa sebarang hasilan emisi.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube