Bikesrepublic

MotoGP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Juara MotoGP 2006 dan juga penunggang dalam siri WorldSBK untuk Red Bull World Superbike Team telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang serius di Itali semalam.
  • Penunggang berusia 35 tahun itu sedang menjalankan sesi latihan menunggang basikal apabila dia telah dilanggar sebuah kereta yang menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada.
  • Hayden kini sedang dirawat di hospital berdekatan di Rimini,Itali. Hulurkan sokongan anda di media sosial dengan menggunakan hashtag #GoNicky.

(more…)

  • Syarikat pengeluar motosikal India, Royal Enfield diwar-warkan telah dirisik sebagai salah satu syarikat untuk mengambil alih Ducati.
  • Semenjak skandal emisi diesel Volkswagen pada tahun 2015. syarikat itu telah mengupah Evercore untuk mencari pembeli yang berpotensi untuk pengeluar motosikal gergasi merah itu.
  • Harga jualan syarikat itu itu boleh mencecah lebih daripada €1.5 billion (kira-kira RM7.1 Billion).

(more…)

  • Perlumbaan MotoGP ke-3000 menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) kekal sempurna dari awal hingga ke akhir perlumbaan untuk kemenangan yang klasik di Gran Premio Red Bull de España.
  • Marc Marquez (Repsol Honda) dan Jorge Lorenzo (Ducati Team) melengkapkan podium yang dipenuhi dengan penunggang Sepanyol di hadapan penyokong senegara mereka di Jerez.
  • Jorge Lorenzo telah berjaya menduduki podium buat kali pertama di atas jenteranya, Ducati Desmosedici GP17.

(more…)

 

 

  • Pusingan keempat MotoGP Gran Premio Red Bull de España di Jerez akan menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) bermula di petak pertama di hadapan teman sepasukan, Marc Marquez.
  • Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan barisan hadapan yang dikuasai Honda di hadapan Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) yang akan bermula di P4.
  • Andrea Iannone (Team SUZUKI ECSTAR) melayakkan diri di P5 dan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) di P6.

(more…)

 

 

  • Penunggang baru MotoGP 2017 Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dengan pantas menarik minat ramai dalam tiga pusingan pertama musim ini.
  • Susulan permulaan yang hebat di Qatar dimana dia mendahului perlumbaan sebelum terbabas, Zarco menamatkan GP Argentina dan GP Amerika di kedudukan kelima.
  • Penunggang berusia 27 tahun itu sedang berusaha untuk mengemudi jentera Yamaha M1-nya untuk kedudukan podium MotoGP pertamanya hujung minggu ini di Jerez untuk Gran Premio Red Bull de España.

(more…)

Sumber Imej: MotoGP
  • Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas.
  • “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.”
  • “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia dan penunggang, dan secara jujurnya saya rasa jika peluang yang terbaik muncul saya mampu menjadi laju dalam Moto2.”

(more…)

 

 

Dalam beberapa tahun sekali, BMW Motorrad akan mengagumkan dunia dengan mahakarya kejuruteraannya, dan mereka sekali lagi telah berjaya melakukannya dengan keajaiban kejuruteraan terkini mereka, BMW HP4 Race.

(more…)

 

  • Dainese menerima tiga Anugerah Rekabentuk Red Dot di bawah kategori Rekabentuk Produk 2017 untuk rekaan Mugello R D-air® sut perlumbaannya, helmet AGV Pista GP R-nya dan produk perlindungan terbaru Pro-Armor.
  • Mereka juga telah dianugerahkan ‘Excellence of the Year/Innovation and Leadership’ dari Aungerah Le Fonti dalam kategori Pakaian Perlindungan Teknologi Tinggi.

(more…)

 

Sumber imej; MotoGP
  • Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Michelin akan menjadi penaja utama bagi pusingan MotoGP Australia.
  • Yang kedua dalam tiga perlumbaan ‘flyaway‘ di Phillip Island akan diadakan pada 22 Oktober 2017.
  • Australian GP adalah salah satu antara perlumbaan yang paling mengujakan dalam kalendar Motocycle Grand Prix.

(more…)

  • Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain.
  • Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu.
  • Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono yang mengakibatkan insiden
    antaranya dan Espargaro.

(more…)

Gambar dari MotoGP.com

Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menang lagi yang menjadikan beliau sebagai pelumba pertama dari Yamaha selepas Wayne Rainey pada 1990 untuk menang kedua-dua pusingan awal.   (more…)

Sumber Imej: www.motoblog.it
  • Vyrus 986 M2 Versi Jalanan 2017 dinilai pada harga €37,940 untuk motosikal lengkap dan €27,930 kit motosikal jalanan.
  • Dikuasakan oleh enjin Honda CBR600RR, motosikal ini juga dilengkapkan dengan alatan dan teknologi yang diambil terus dari WorldSBK dan MotoGP.
  • Teramat Terhad dengan hanya 50 unit seluruh dunia.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube