Khabar angin tentang KTM 490 telah pun berlegar sejak beberapa tahun dengan pengeluar motosikal Austria itu dijangka memperkenalkan varian Duke, RC dan Adventure.
Akhirnya berita baik tiba untuk peminat KTM apabila syarikat itu didedahkan akan memperkenalkan model 490 tidak lama lagi.
Menurut laporan, beberapa model KTM 490 itu akan dilancarkan secara rasmi lewat tahun ini.
Berdasarkan maklumat yang bocor ketika persembahan terkini oleh syarikat induk Pierer Mobility baru-baru ini , terdapat lima model 490 yang akan diperkenalkan untuk pasaran dunia.
Ini bermaka selain 490 Duke, RC 490 dan 490 Adventure, terdapat dua lagi model 490 yang akan sertai barisan terbaru itu.
Walaupun tiada maklumat tambahan setakat ini namun timbul dakwaan bahawa KTM 490 itu akan dikuasakan enjin parallel-twin 490cc.
Ini kerana rakan KTM di China, CFMoto telah pun melancarkan 450SR yang turut mengguna pakai enjin parallel-twin.
Sementara itu, selain daripada enjin parallel-twin, model 490 ini juga dijangka dilengkapi beberapa ciri premium antarnaya suspensi WP, mod tunggangan pelbagai, sistem ABS, traction control dan paparan TFT.
Pada Disember tahun lalu, MForce Bike Holdings telah pun diumumkan sebagai pengedar rasmi jenama Moto Morini untuk pasaran tempatan.
Jenama motosikal Itali itu sertai Benelli, SYM, WMoto di bawah kendalian MForce di Malaysia.
Setelah beberapa bulan berlalu, MForce dengan rasminya memperkenalkan Moto Morini X-Cape 650 (CKD) untuk pasaran tempatan dengan harga jualan atas diletakan pada RM39,999 (Standard) dan RM43,499 (650X)
Moto Morini X-Cape 650 datang dengan dua varian, dengan varian (flagship) 650X dilengkapi ‘crash guard’, ‘bash plate’ dan ‘engine guard’ secaar standard di samping dilengkapi dengan rim jenis soked wheels (lidi).
Motosikal ADV itu juga akan ditawarkan dengan dua warna pilihan, Smoke Anthracite dan Red Passion.
Moto Morini X-Cape 650 didatangkan dengan gabungan tayar 19″ depan dan 17″ belakang dan dipadankan bersama fork Marzocchi 50mm boleh laras depan dan penyerap hentakan belakang KYB. Sementara sistem membrek pula hadir dengan brek kaliper Brembo dengan sokongan ABS.
Ketinggian tempat duduk diletakkan pada 845mm bagi menjaminkan tunggangan selesa atas jalan raya dan off-road.
Antara ciri menarik lain:
X-Cape 650 ini dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang berupaya menghasilkan 60hp pada 8,250rpm dan 56Nm pada 7,000rpm.
Menurut MForce setiap pembelian Moto Morini X-Cape 650 didatangkan dengan waranti 20,000km atau dua tahun (mana yang sampai dahulu). Model terbaru ini akan tiba dipengedar pada Mei.
© Copyright – BikesRepublic.com 2024 Trademarks belong to their respective owners. All rights reserved