Bikesrepublic

2017 Benelli RFS150i kini di Malaysia – enjin Euro 3, suntikan bahanapi, 15.5hp – RM6,988 (standard), RM7,338 (SE)

Moped pertama dari Benelli untuk pasaran Malaysia, RFS150i, hadir dengan ciri-ciri yang dicari beserta harga yang berpatutan. Hanya RM6,988 untuk model standard, jentera Rider For Speed (RFS) 150i akan memberikan kuasa sebanyak 15.5hp dari enjin  SOHC yang patuh Euro 3

Enjin SOHC patuh EURO 3 ini hadir dengan 1-silinder tetapi dilengkapi dengan sistem ‘3-Spark’ yang menggunakan 3 palam pencucuh.

Cukup berkuasa enjin ini pada ukuran 15.5hp. Harga pula serendah RM6,988 untuk model standard. Benelli benar-benar ingin menjadi satu nama yang disebut-sebut di Malaysia dalam dunia motosikal bukan hanya sekadar singgah, tetapi menguasai pasaran.

Rekaan keseluruhan

“Really nice bike” – kata admin Kesh. Rekaan Benelli RFS150i ini menarik walaupun ini adalah kali pertama moped ini dihasilkan oleh Benelli untuk pasaran Malaysia. Jentera dengan rekaan yang agak radikal sebegini biasanya memberikan persepi 50-50 samada cantik atau tidak. Namun, jika kualitinya cukup baik dengan kuasa 15.5hp yang tidak hanya nampak besar atas kertas, dan terbukti di jalanan, pastinya jentera ini boleh mengubah persepsi awal orang ramai bahawa RFS150 juga cantik malah berkuasa.

 

Lampu

Lampu hadapan Benelli RFS150i dilengkapi dengan lampu reraup yang sentiasa hidup sama seperti Y15ZR. Nasib baik juga tiada lampu isyarat capang di depan.


Tetapi pada lampu isyarat belakang tidak dapat diselamatkan dan ia hadir dengan kecapangannya.

Meter

Meternya nampak mewah, namun iluminasi warna putih kebiru-kebiruan sedikit terlebih. Kalau merah malap, mesti nampak lagi sejuk (cool). Paparan kombinasi analog dan digital ini memaparkan putaran enjin dalam paparan analog, manakala paparan lain dalam digital. Paparan kapasiti minyak cukup jelas bersama-sama paparan kelajuan dalam LCD beriluminasi jingga (amber). Penunjuk kedudukan gear juga ada.

 

Fork Terbalik

Sesuatu yang perlu juga diberi perhatian adalah penggunaan fork terbalik pada bahagian hadapan Benelli RFS150i ini. Walaupun bukanlah satu ciri-ciri yang benar-benar dapat membantu jentera 115kg ini dalam pengendalian di atas jalanraya, namun, ia menunjukkan bahawa Benelli tahu apa yang peminat jentera moped 150cc mahukan. Setakat yang saya tahu, Benelli RFS150i merupakan moped 150cc pertama di Malaysia yang menggunakan fork terbalik ini.

Suspensi belakang juga tidak mengecewakan dengan penggunaan ‘monoshock‘ yang sesuai dengan kuasa dan pengendalian yang diperlukan.

Sistem Brek

Cakera hadapan sebesar 240mm digunakan bersama kaliper 2-piston untuk Benelli RFS150i berhenti. RS150R dan Y15R  menggunakan kaliper 1-piston sahaja dan ini memberikan kelebihan kepada Benelli RFS150i. Pada bahagian belakang juga, cakera 220mm digunakan dan dikepit dengan kaliper 1-piston. Ok sangat dah ni, cuma admin memikirkan tentang kualiti untuk jangka masa panjang.


Spesifikasi Teknikal Benelli RFS150i

Apa itu “3-Spark”?

3-Spark atau Triple Spark Technology adalah satu sistem pencucuhan bahanapi yang menggunakan 3 palam pencucuh. Benar, anda baca dengan betul 3 palam pencucuh diperlukan untuk jentera ini. Ada yang mengatakan sistem ini mengingatkan mereka kepada sistem enjin Alfa Romeo Twin Spark, namun yang ini menggunakan 3 palam pencucuh.

Kelebihan dan kekurangan “3-Spark”?

Sistem ini akan menjadikan semua bahanapi dalam kebuk pembakaran terbakar dengan sempurna, maka tiada pembaziran bahanapi yang berlaku dan pada masa yang sama kurang pelepasan karbon ke alam sekitar. Ini bertepatan dengan enjinnya yang menepati pelepasan emisi EURO 3.

Kekurangan yang dapat dilihat pada sistem ini adalah, sekiranya salah satu palam pencucuh mengalami kegagalan, sistem ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kemungkinan juga kuasa jentera akan berkurangan walaupun masih mampu bergerak. Jika anda ingin menukar satu palam pencucuh yang gagal ini, anda perlu menukar ketiga-tiga palam pencucuh; kerana anda tidak tahu palam pencucuh mana yang gagal!

2017 Benelli RFS150i Red
2017 Benelli RFS150i Black
2017 Benelli RFS150i Yellow
2017 Benelli RFS150i Blue

Harga 2017 Benelli RFS150i adalah:
Standard – RM6,988 (asas)

Edisi Khas (SE) – RM7,338 (asas)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube