Bikesrepublic

Temasya BMW Motorrad Nightfuel Meraikan “Making Life a Ride” Dengan Penyertaan Lebih Daripada 400 Penggemar Motosikal

  • Lebih daripada 400 penggemar motosikal dari seluruh negara berkumpul semasa acara BMW Motorrad Nightfuel pada 15 April 2017 di Jalan Riong, Bangsar.
  • “Make Life a Ride melambangkan segala nilai bagi jenama BMW Motorrad, yang berusaha untuk menunjukkan gaya hidup dan pendirian yang lebih aktif dalam penunggangan motosikal. Pendirian ini disifatkan dengan keyakinan diri, persahabatan, bertanggungjawab, dan menunggang jalan yang terbentang.”
  • Acara BMW Motorrad Nightfuel ini juga menjadi pentas pengenalan bagi tiga model dari rangkaian ‘Heritage’; BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Racer.

(Dari kiri-kanan) En. Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat bagi BMW Group Malaysia, En. Ooi Choong Beng, Pengarah Kanan Jualan Bagi BMW Motorrad dan En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad bersama motosikal BMW Motorrad R nineT, BMW Motorrad R nineT Racer dan BMW Motorrad R nineT Pure

Lebih daripada 400 penggemar serta peminat motosikal BMW Motorrad telah berkumpul di tapak letak kereta terbuka di Jalan Riong, Bangsar untuk acara BMW Motorrad Nighfuel. Perhimpunan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 15 April 2017 dimana BMW Motorrad Malaysia juga telah memperkenalkan tiga model terkini ‘Heritage’ bagi tahun 2017; BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan juga BMW R nineT Racer.

Acara ini juga bagi meraikan persahabatan, makanan, musik, dan juga motosikal premium bersama penggemar dan peminat seluruh negara. Pengenalan rangkaian terbaru ‘Heritage’ telah meningkatkan lagi pengalaman ‘penunggangan sejati’ motosikal ini bagi mereka yang hadir dalam temasya ini.

(Dari kiri ke kanan) En. Sashi Ambi, dan En. Owen Riley dengan BMW Motorrad R nineT, BMW Motorrad R nineT Racer dan BMW Motorrad R nineT Pure

Menurut Ketua bagi BMW Motorrad Malaysia, Encik Owen Riley, “Make Life a Ride melambangkan segala nilai bagi jenama BMW Motorrad, yang berusaha untuk menunjukkan gaya hidup dan pendirian yang lebih aktif dalam penunggangan motosikal,”

“Ia merupakan satu pendirian yang bersifat berkeyakinan diri, persahabatan, bertanggungjawab, dan menunggang di jalan yang terbentang luas. Rangkaian motosikal ‘Heritage’ BMW Motorrad akan membolehkan kami berkongsi keghairahan ini dengan segmen pelanggan baru di Malaysia seperti apa yang kami lakukan pada malam ini dengan para pelanggan dan peminat kami.”

Persembahan secara langsung oleh band tempatan NRG atau “Name, Reputation & Glamour”

Acara pada malam itu dimulakan dengan makan malam dan juga pesembahan secara langsung oleh band tempatan NRG atau “Name, Reputation & Glamour”, sebelum motosikal rangkaian ‘Heritage’ diperkenalkan oleh Encik Owen Riley, Ketua bagi BMW Motorrad dan Encik Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia.

Model-model terbaru ini pada mulanya diperkenalkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Encik Han Sang Yun yang menyatakan bahawa ” Rangkaian motosikal terbaru BMW Motorrad ‘Heritage’ ini membolehkan kami berkongsi keghairahan kami untuk kenderaan dua-roda premium kami dengan segmen pelanggan yang baru di Malaysia dan membantu mereka menjadikan kehidupan mereka satu penunggangan.”

Kesemua tiga model ini berkongsi enjin yang sama yang cukup berkuasa; enjin boxer sejukan udara/minyak 1,170cc yang dapat menghasilkan 110hp dan 116Nm tork yang dipacu ke roda belakang menggunakan transmisi enam kelajuan. Bagi memastikan penjana kuasa ini mematuhi ketetapan Euro4,enjinnya telah dirombak semula bermula dari pemetaan enjin, sistem penghantaran bahanapi, kanister bahanapi karbon, dan catalytic converter yang lebih besar bagi sistem ekzosnya.

BMW r nineT, R nineT Pure dan R nineT Racer dinilai pada harga RM101,900, RM82,900 dan RM88,900 (harga asas dengan GST).

TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang motosikal BMW Motorrad yang boleh didapati di Malaysia pada laman eksklusif Bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan