Bikesrepublic

Pemandu Menceroboh Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan, Ditimpa Kecelakaan!

 


Laluan motosikal di lebuhraya persekutuan telah menjadi isu perdebatan yang panas sejak beberapa tahun yang lalu. Pihak berkuasa mendakwa bahawa laluan-laluan motosikal berkenaan selamat dan dalam keadaan baik, lalu penunggang motosikal seharusnya tidak memasuki lebuhraya persekutuan.

Di sudut yang sebaliknya, para penunggang motosikal dan media permotoran lantang menyuarakan tentang bahayanya laluan motosikal yang sedia ada. Antara bahaya yang sering kali ada pada laluan-laluan motosikal adalah banjir, pencahayaan yang tidak sempurna, keadaan jalan yang teruk, serta kurangnya papan tanda. Malah, kes-kes kecurian juga sering kali berlaku di laluan-laluan motosikal di lebuhraya persekutuan.

Namun kini telah timbul satu lagi masalah, kereta. Telah berlaku beberapa insiden di mana kereta telah menceroboh laluan motosikal untuk memotong barisan atau kerana ingin melarikan diri dari kesesakan trafik. Individu-individu yang kurang akal serta tidak bertanggungjawab telah membahayakan nyawa ratusan penunggang motosikal dengan tindakan mereka yang melulu itu.

Pada petang ini, sebuah Proton Iriz yang dilihat pada gambar di atas ini telah dikesan memandu di atas laluan motosikal berdekatan dengan seksyen Mid Valley-Puchong (berhampiran dengan bulatan di laluan motosikal). Masih kurang jelas apakah yang telah terjadi tetapi apa yang pasti ialah kereta ini telah menceroboh laluan motosikal ini dan telah tergelincir masuk ke dalam longkang. Malah, ia mampu mengatasi hadangan motosikal dan menghalang para penunggang motosikal dari meneruskan perjalanan mereka.

Tiada pegawai polis yang kelihatan di tempat kejadian namun laluan motosikal itu telah ditutup bagi membolehkan sebuah trak tunda swasta untuk mendapatkan kereta berkenaan. Tahniah diucapkan kepada pemandu di atas anugerah pemandu paling bangang hari ini. Sememangnya anda layak mendapat penghargaan ini.

Tontonilah video di bawah untuk mendengar pendapat editor Bikes Republic, Keshy Dhillon, dan Editor Urusan Autofreaks.com, Chris Wee, tentang laluan motosikal di rancangan ‘Torque Show’ oleh Autobuzz.my baru-baru ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube