Bikesrepublic

Sebuah Lagi Video Misteri Memaparkan Kelajuan Tertinggi Modenas Pulsar RS200!


Hanya beberapa hari yang lalu kami telah memuat naik sebuah video yang diterima melalui email kami yang menunjukkan ujian kelajuan tertinggi bagi model Modenas Pulsar NS200 2017. Untuk kali ini, kami telah memperoleh sebuah lagi video yang menampilkan kembarnya yang ber-reraup penuh, Modenas Pulsar RS200.

Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan motosikal berkapasiti besar tanpa berbelanja besar bolehlah memilih model Pulsar RS200 yang tampak garang dan juga lincah ini. Walaupun enjin satu silinder 200cc-nya itu kedengaran seperti pilihan yang hanya besar sedikit sahaja jika dibandingkan dengan sesetengah kapchai atau moped aras tinggi yang ada di pasaran Malaysia ini, kami benar-benar percaya bahawa model Modenas Pulsar RS200 ini pasti akan memberikan pengalaman penunggangan yang baik bagi kebanyakan penunggang baru dan veteran.

Video yang dipaparkan telah mengesahkan teori kami yang kedua-dua Modenas Pulsar RS200 dan NS200 yang dijana oleh Bajaj ini mampu mencapai kelajuan tertinggi melebihi 150km/j. Dalam video yang telah kami siarkan sebelum ini yang memperlihatkan ujian kelajuan tertinggi motosikal naked NS200, kita dapat saksikan yang motosikal itu mencecah kelajuan 152km/j dan perkara yang sama dapat kita lihat dengan RS200 ini. Ianya bukannya satu kejutan memandangkan kedua-dua motosikal ini mempunyai enjin suntikan bahanapi, SOHC, 200cc yang sama lengkap dengan sejukan cecair.

Kami juga telah menyedari dalam video ini yang model RS200 ini tampak lebih mudah untuk mencapai kelajuan tertingginya itu jika dibandingkan dengan video cubaan motosikal naked NS200. Faktor terbesar yang menyumbang kepada tanggapan dan pemerhatian ini sudah semestinya aerodinamik RS200 terutamanya reraup hadapannya itu. TEKAN SINI untuk menyaksikan ujian kelajuan tertinggi varian motosikal naked Pulsar, NS200.

Kami telah menunggang uji kedua-dua motosikal ini dan ulasannya akan menyusul dalam masa terdekat ini. Buat masa ini, nikmatilah video ini yang telah dihantar kepada kami menampilkan aksi RS200 ini. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Modenas Pulsar RS200? TEKAN SINI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan