Bikesrepublic

Adegan Kejar Mengejar Honda Civic-Jazz Berakhir Dengan Tangkapan, Miliki 1,000 Pil Kuda

Tular di media sosial semalam yang memaparkan sebuah kereta peronda (MPV) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengejar kereta jenis Honda Jazz.

Pihak polis yang ketika itu memandu kereta peronda baharu, Honda Civic, dirakam mengejar suspek bagaikan seperti filem aksi.

Difahamkan, kejar mengejar itu berlaku lebih 8 kilometer di Bandar baru Kerteh.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1682759425235094

Dalam kejadian pada 4.25 petang itu, pemandu dan penumpang Jazz (lelaki dan wanita) tlah ditahan dengan 1,000 biji pil kuda.

Adegan tersebut bermula dengan pihak polis menerima maklumat berhubung kes penjualan dadah yang berlaku di sekitar Kerteh.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mendedahkan, sebuah MPV telah ditugaskan ke lokasi kejadian namun terserempak dengan kereta suspek.

Honda Jazz tersebut terus memecut laju selepas menyedari kehadiran polis.

“Ketika dikejar, anggota polis beberapa kali meminta pemandu kenderaan terbabit berhenti, namun suspek terus memecut untuk meloloskan diri,” jelas Hanyan kepada Harian Metro.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek lelaki berusia 32 tahun bersama wanita 25 tahun itu memiliki lebih 1,000 biji pil kuda bernilai RM20,000. – HM

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube