Bikesrepublic

ARRC 2017: Taiga Hada Juarai Perlumbaan 2, Azlan Shah Di Tempat Kedua

  • Perlumbaan 600cc Asia Road Race Championship terbaru menyaksikan Taiga Hada menkagumkan semua orang selepas kemenangan dalam Perlumbaan 2
    semalam selepas berada di atas podium pada Perlumbaan 1
  • Peningkatan prestasi dan keputusan yang tepat oleh Azlan Shah membuahkan hasil di tempat kedua pada Perlumbaan 2
  • Pemenang Perlumbaan 1, Zaqhwan Zaidi terbabas pada pusingan kedua dalam Perlumbaan 2


Seorang pelumba baru telah berjaya mencuri perhatian pada Perlumbaan 2 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2017. Selepas mengakhiri Perlumbaan 1 di atas podium, Taiga Hada dari pasukan RAMA Honda by NTS T.Pro Ten menunggang dengan begitu baik sekali ke hujung perlumbaan 16 pusingan ini. Saksikanlah sedutan perlumbaan berkenaan di bawah.

https://www.facebook.com/AsiaRoadRacing/videos/10154445306932304/

Penunggang berusia 18 tahun itu bersama jentera Honda CBR600RRnya melewati garisan penamat dengan jarak 5.089 saat di hadapan pencabar
terdekatnya, Azlan Shah dari pasukan Manual Tech Kawasaki Racing. Dia tenang dalam mengekalkan kedudukannya di hadapan dan memenangi perlumbaan 600cc buat pertama kali dalam kariernya dengan catatan masa 24”51.787s. “Tayar belakang saya agak licin sepanjang perlumbaan ini, selain itu, saya tidak ada sebarang sungutan. Ianya merupakan perlumbaan yang menyeronokkan,” ujar Hada.

Selepas pilihan tayar yang kurang tepat kelmarin oleh Azlan Shah, penunggang berusia 33 tahun dari Selangor itu berjaya menebus kesalahannya pada Perlumbaa 2 dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Setelah bertarung dengan begitu sengit sekali bersama penunggang-penunggang lain di atas jentera Kawasaki ZX-6Rnya, Azlan Shah menamatkan perlumbaan di hadapan penunggang berusia 18 tahun dari Inodonesia, Irfan Ardianshah.

Kategori Supersports 600cc ini menyaksikan kemunculan seorang lagi pelumba baru di atas podium selepas Irfan Ardianshah dari pasukan Astra Honda Racing berjaya meraih tempat ketiga. Apa yang kelihatan agak mustahil bagi seorang pelumba muda yang bermula dari pteak ke-12 perlumbaan, penunggang Indonesia ini berjaya memperoleh kedudukan yang berharga sepanjang 16 pusingan di Litar Johor ini. Ifan menamatkan perlumbaan kedua ini di atas podium namun kerana pertarungan yang sengit dengan penunggang-penunggang lain, dia melintasi garisan penamat dalam jarak masa 13.141 saat di belakang pemenang perlumbaan.

Pusingan kedua FIM Asia Road Racing Championship akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang pada 14 dan 15 April 2017. Teruskan bersama
MotoMalaya untuk perkembangan terkini ARRC.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube