Bajaj bakal memperkenalkan Dominar 400 dengan kemas kini baharu bagi tahun 2022.
Ini berdasarkan beberapa foto baharu yang memaparkan model Dominar 400 itu di India.
Antara ciri yang paling menonjol adalah penambahan kit ‘touring’ sepertimana yang dipaparkan oleh video berdurasi 23 saat dibawah:
Berdasarkan rakaman tersebut, jelas Dominar 400 2022 ini tampil dengan beberapa ciri berbeza antaranya penghadang angin tinggi, handguard, bash plate serta luggage mount.
Bagaimanapun, motosikal terbabit dijangka mengekalkan enjin satu silinder 373.3cc dengan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 40hp dan 35Nm serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Ciri lain yang dijangka turut dikekalkan ada saiz rim 17″, cakera brek 320mm depan dan 230mm belakang dengan kaliper brek ByBre serta sistem Anti-lock Braking System (ABS).
Sementara sistem suspensi kekal didatangkan dengan fork depan 43mm jenis USD dan monoshock boleh laras di bahagian belakang.
Ketika ini Dominar 400 generasi baharu telah pun ditawarkan di Malaysia menerusi penjenamaan semula oleh Modenas.