Bikesrepublic

Bantuan Kewangan RM200 Menanti 10,000 Hos Baharu TREVO

TREVO menyediakan Bantuan Kewangan RM200 kepada 10,000 hos baharu yang merupakan sebahagian daripada Fasa 1 pelaksanaan Proof of Concept (POC).

Pelaksanaan POC ini yang berlangsung dari Ogos 2020 hingga Ogos 2021 dapat dijalankan hasil suntikan dana RM2 juta.

Inisiatif Fasa 1 ini adalah bertujuan untuk membuktikan keberkesanan perkongsian kereta P2P di samping menggalakkan orang ramai untuk terlibat dengan POC ini.

Sementara itu, pengumuman Bantuan Kewangan RM200 ini dirasmikan sendiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), SOCAR Mobility Malaysia, Leon Foong bersama Pengarah Urusan TREVO, Susan Teoh.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Seramai 10,000 hos akan menerima bantuan ini di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu dengan syarat kereta hos boleh didapati lebih 14 hari setiap bulan.

Pendaftaran sebagai hos dibuka kepada rakyat Malaysia yang memiliki kereta berusia tak lebih 12 tahun.

Pengarah Urusan TREVO, Susan Teoh

Sementara itu, Susan Teoh meluahkan rasa teruja dengan kerjasama kerajaan dalam memastikan kelangsungan perkongsian kereta P2P.

“Menerusi pelaburan ini, TREVO teruja kerana dapat bersama-sama kerajaan dalam memperkenalkan kelebihan perkongsian kereta P2P kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Selain daripada inisiatif RM200 ini kami mahu membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menukar aset mereka kepada medium penjana pendapatan terutamanya dalam membantu menghadapi tahun 2020 yang penuh dugaan ini,” jelasnya.

TREVO merupakan platform yang menghubungkan pengguna dan pemilik kereta dengan membenarkan pengguna menggunakan kereta lantas menjana pendapatan tambahan kepada pemilik.

Dalam perkembangan sama, Dr Wee Ka Siong menggesa agar lebih ramai pemilik kereta melibatkan diri dengan TREVO.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube