Bikesrepublic

Benelli TRK 800 2022 Didedahkan- 76.2HP, 67Nm

Benelli turut membuka tirai EICMA 2021 dengan memperkenalkan TRK 800 serba baharu.

Menurut jenama motosikal Itali-China itu, TRK 800 direka di Benelli Style Centre dan dibangunkan di House of Leoncino yang terletak di Pesaro, Itali.

Menariknya, TRK 800 ini juga dilancarkan ketika jenama itu meraikan ulang tahun ke-110 sekaligus menandakan lembaran baharu syarikat itu.

TRK 800 bakal menyertai TRK 502 yang telah pun muncul sebagai antara motosikal paling popular di Itali untuk dua tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, TRK 800 masih lagi mengekalkan elemen ADV dari TRK 502 dengan kehadiran mudguard depan, lampu LED berkembar dengan fungsi DRL (daytime running light).

Sementara itu, aspek terpenting adalah bahagian enjin yang dikuasakan silinder berkembar 754cc dengan penyejukan cecair yang sama terdapat pada Leoncino 800.

Hasilnya, TRK 800 menawarkan 76.2hp pada 8,500rpm dan 67Nm pada 6,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper.

Motosikal ini juga mengekalkan penggunaan kerangka tubular trellis dengan plat ‘high-strength steel’ sekaligus menjaminkan tunggangan lebih lincah dan selesa terutamanya untuk tunggangan jarak jauh.

Menariknya, Benelli turut memberi tumpuan pada tahap keselesaan penunggang dan pembonceng.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • fork depan upside/down Marzocchi 50mm (rebound/compression boleh laras)
  • monoshock belakang dengan preload/damping boleh laras
  • tangki 21L
  • paparan skrin TFT 7″
  • brek kaliper 4-pot Brembo dengan cakera brek 320mm depan dan 260mm belakang
  • tayar 19″ depan dan 17″ belakang

Menurut Benelli, TRK 800 akan mula dipasarkan pada pertengahan 2022.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan