Bikesrepublic

Beraya Dengan ‘Kasut Baharu’ Bersama Goodyear

Sempena sambutan Aidilfitri yang semakin dekat, Goodyear Malaysia mahu mengingatkan penggun jalan raya di Malaysia untuk mendapatkan ‘kasut baharu’ bagi kenderaan masing-masing. 

Apatah lagi dijangka jutaan kenderaan bakal memenuhi lebuh raya. Goodyear mahu orang ramai membuat pemeriksaan terhadap tayar sedia ada bagi memastikan tayar berada dalam keadaan baik atau sudah sampai masa untuk ditukar.

Sehubungan itu, Goodyear Malaysia melancarkan kempen ‘Raya Bergaya Bersama Goodyear’, yang berlangsung hari ini sehingga 31 Mei 2023. 

Sepanjang kempen ini berlangsung, pelanggan yang membuat pembelian empat tayar 16-inci dan 17-inci atau dua tayar 18-inci dan ke atas akan menerima payung eksklusif dari Goodyear (sementara stok masih ada). 

Dalam pada itu, pelanggan juga boleh mendaftar program waranti ‘Worry Free Assurance’ yang menawarkan jaminan setahun daripada kerosakan tayar yang disebabkan keadaan jalan raya dan pemeriksaan tayar (dua kali) secara percuma serta waranti lima tahun bagi sebarang ketidaksempurnaan pada tayar. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng mengharapkan kempen kali ini dapat  menerapkan tabiat memandu dengan selamat di kalangan rakyat Malaysia.

“Promosi ini merupakan satu peringatan kepada orang ramai untuk menggantikan kasut kereta mereka, dan pada masa yang sama memberikan mereka ganjaran kerana telah membuat sesuatu yang tepat terhadap kenderaan mereka. 

“Kami mahu menegaskan kepentingan keselamatan tayar dan memilih tayar yang berkualiti dengan teknologi inovatif untuk pemanduan yang tenang dan selamat.

“Terutamanya dengan cuaca yang tidak menentu sering berlaku kebelakangan ini dan mengetahui betapa ramainya pengguna jalan raya di Malaysia, ia amat penting untuk setiap pemandu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan keluarga mereka dan juga keselamatan para pengguna jalan raya yang lain,” jelasnya. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube