Bikesrepublic

Blueshark R1 Bakal Revolusi Pasaran Mobiliti Di Malaysia – 6.7HP, 201Nm

Dunia sememangnya sedang beralih ke arah emisi sifar dalam usaha menyelamatkan alam sekitar.

Inisiatif tersebut turut disambut baik pasaran automotif dunia termasuk pengeluar motosikal.

Antara yang menyahut usaha itu adalah pengeluar motosikal elektrik, Blueshark. 

Umum sedia maklum, EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk memasang dan mengedar skuter elektrik Blueshark R1 untuk pasaran tempatan.

Pihak EMPB dan Blueshark serta Malaysian Green Technology & Climate Change juga telah meterai perjanjian bagi memacu pasaran mobiliti hijau di Malaysia selain daripada memperkenalkan jenama Blueshark untuk pasaran tempatan.

Sewaktu majlis tersebut turut dipertontonkan kepada umum adalah skuter elektrik, Blueshark R1. 

Untuk rekod, Blueshark mengiklankan R1 sebagai skuter elektrik pintar pertama di dunia. 

Ini kerana skuter terbabit didatangkan dengan beberapa ciri ‘pintar’ antaranya ciri keselamatan ADAS dan kamera ‘built-in’ yang beroperasi seperti dashcam kereta.

Selain itu, Blueshark R1 juga dilengkapi dengan 74 sensor yang bertindak membaca maklumat sekeliling sewaktu menunggang. 

Sementara itu, skuter tersebut digerakkan elektrik motor yang berupaya menghasilkan 6.7hp dan 201Nm. Tork yang tinggi itu mengatasi jumlah tork yang dihasilkan Kawasaki H2R yang menghasilkan 147Nm. 

Menariknya, penggunaan dua bateri boleh tukar – dengan berat 12kg setiap satu – menyaksikan skuter R1 ini boleh pergi sejauh 160km dan mampu merekodkan 0-50km/j di bawah lima saat. Bateri tersebut juga boleh dicas sebanyak 2,000 kali. 

Menurut pihak Blueshark, bateri pada skuter elektrik R1 ini memerlukan 3.5 jam untuk cas penuh. 

Pada masa sama, segala info skuter terbabit boleh diakses menerusi paparan skrin TFT 10-inci. Skrin tersebut beroperasi dengan ArkRide OS dan boleh disambungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi khas.

Meskipun bercirikan spesifikasi moden, aspek membrek masih lagi konvensional dengan cakera brek tunggal depan dipadankan bersama sistem CBS (combine braking system) berbanding ABS (anti-lock braking system). 

Buat masa ini tiada info harga didedahkan ekoran motosikal terbabit masih belum dirasmikan untuk pasaran tempatan di samping pengeluaran CKD hanya akan dimulakan pada suku ketiga (Q3) tahun depan. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube