Bikesrepublic

BMW Motorrad Lancar G 310 R Baharu

BMW Motorrad memperkenalkan G 310 R buat julung kalinya pada 2017 dan sejak itu motosikal hasil kerjasama dengan TVS itu terus mencetus populariti.

Bagi tahun 2021, generasi kedua G 310 R kini tampil dengan beberapa ciri dipertingkat terutamanya bahagian enjin yang kini patuh Euro 5.

Bagaimanapun, unit satu silinder 313cc dengan penyejukan cecair DOHC itu masih lagi menawarkan 34 hp pada 9,500rpm dan 28 Nm pada 7,500rpm.

Meskipun begitu, BMW telah mempertingkatkan pengalaman tunggangan dengan ciri berikut:

  • Electromotive throttle controller

Lebih dikenali sebagai ‘electronic throttle grip’, ciri ini meningkatkan sensitiviti respon enjin mengikut pulasan throttle sekaligus memberi penunggang kawalan jentera yang lebih efisien.

  • Automatic idle boost

Sistem ini meningkatkan kelajuan jentera semasa bergerak selepas berada dalam keadaan pegun sekaligus mengelakkan senario jentera mati enjin secara tiba-tiba.

  • Self-boosting anti-hopping clutch

Ciri ini mengurangkan ‘engine drag torque’ sekaligus meningkatkan keselamatan menunggang terutamanya sewaktu mengenakan brek ketika menukar gear dengan kerap.

Menurut BMW, ‘Self-boosting anti-hopping clutch’ ini juga merendahkan tekanan yang diperlukan ketika mengoperasikan lever klac.

Selain daripada itu, G 310 R juga didatangkan dengan lampu LED penuh depan dan belakang termasuk lampu isyarat manakala lever tangan kini boleh diselaraskan secara empat tahap berbeza dan lebih mesra untuk penunggang bertangan kecil.

BMW G 310 R 2021 ditawarkan dengan dua warna baharu, Polar White dan Limestone Metallic.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan