Bikesrepublic

BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • BMW Motorrad Malaysia telah membawa acara Nightfuel ke Pulau Pinang.
  • BMW Motorrad Malaysia turut melancarkan motosikal BMW R nineT Urban G/S, S 1000 RR, R 1200 GS Rallye, dan K 1600 Bagger yang baru.
  • Walaupun hujan lebat, ratusan pengunjung telah menghadirkan diri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah satu aspek terbaik tentang dunia permotosikalan adalah gaya hidupnya. Kini, walaupun perkataan ‘gaya hidup’ sering kali digunakan untuk menggambarkan tentang fesyen, gaya hidup permotosikalan membawa maksud yang lebih mendalam daripada zahirnya.

Gaya hidup permotosikalan merangkumi segalanya yang anda cintai mengenai motosikal yang anda miliki, cintakan pada penunggangan sama ada secara sendirian atau dengan rakan-rakan, mengukuhkan silaturahim antara sahabat-sahabat penunggangan anda dan juga membina hubungan yang baru, dan pelbagai lagi sebab-sebab peribadi masing-masing. Ianya satu cara hidup, tidak kira tahap keghairahan anda dan sejauh mana anda meluahkan keghairahan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun ada satu aspek yang menyatukan semua para penggemar motosikal iaitu pertemuan mingguan, digelar ‘Teh Tarik Session‘, atau TTS di kalangan peminat motosikal Malaysia.

Oleh kerana inilah jelajah BMW Motorrad Nightfuel memainkan peranan penting dalam bukan sahaja memperagakan gaya hidup berkenaan tetapi juga mempersembahkan ia sebagai sebahagian daripada cara hidup BMW Motorrad “Make Life a Ride”. Bercirikan “perhimpunan, makanan, dan muzik yang mesra”, para pengunjung pasti akan disajikan dengan TTS terbaik dalam kalendar mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BMW Motorrad Nightfuel telah mengunjungi Pulau Pinang pada 9 September 2017 dan ianya merupakan kali pertama diadakan di luar Lembah Klang. Tapak acara berkenaan terletak berhampiran dengan tanjakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (lebih dikenali sebagai “Jambatan Pulau Pinang baru”).

Telah terdapat ratusan motosikal setibanya kami di sana, terdiri daripada motosikal BMW dan beberapa jenama yang lain juga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Si cantik manis tersenyum dan menyambut kedatangan kami di meja pendaftaran BMW Motorrad Nightfuel walaupun khemah mereka ditempiasi oleh hujan yang lebat, tahniah. Setiap peserta menerima beg BMW Motorrad dan tiket untuk cabutan bertuah. Dan seperti kebiasaannya, meja juadah menjadi tumpuan pertama para penunggang Malaysia, dengan satu barisan panjang menunggu giliran masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di astaka utama, meja serta kerusi di susun bagi mengelilingi pentas utama, di apit oleh pentas peragaan motosikal BMW. Terusan serta jambatan Pulau Pinang menjadi latar belakangnya yang menakjubkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua bagi BMW Motorrad Malaysia, mengalu-alukan kedatangan para pengunjung dan melancarkan BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah sebuah kugiran ‘session‘ paling terkenal di Malaysia, Energy, memastikan yang semua yang hadir terhibur dengan beberapa lagu hit kegemaran ramai seperti ‘Highway To Hell’, Highway Star’, ‘Sweet Child O’ Mine’, ‘Sejati’, dan pelbagai lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan untuk makanannya pula, telah terdapat gerai-gerai yang menyediakan makanan jalanan ikonik Pulau Pinang seperti ais kacang, cendol, asam laksa Pulau Pinang, rojak buah, char koay teow, dan satay. Terdapat juga sebuah mini BBQ. Laksa antara yang tersedap pernah dinikmati oleh penulis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat juga sebuah gerai yang dikendalikan oleh EL Chong yang menjual kelengkapan serta aksesori menunggang BMW Motorrad.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tapak itu terus hiruk dengan segala aktiviti berkaitan motosikal, waluapun dengan hujan yang masih mencurah. Semakin banyak motosikal yang muncul dalam kelebatan hujan berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saat yang dinantikan telah tiba, pelancaran motosikal-motosikal yang baru, bermula dengan motosikal superbike S 1000 RR yang telah dikemaskini. Walaupun reka bentuk dan enjinnya tidak diusik, S 1000 RR terbaru ini kini telah dilengkapi dengan sistem ABS Pro bagi pembrekan keras yang lebih selamat sewaktu menyelekoh. Ianya diletakkan pada harga RM109,600.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal yang berikutnya adalah motosikal yang paling dinanti-nantikan, R 1200 GS Rallye baru. Pada harga RM105,900, motosikal GS ini telah di reka semula dengan pengapit radiator baru. Enjinnya kekal sama (bak pepatah Inggeris, “If it is ain’t broke, don’t fix it“), dan didatangkan dengan enam Mod Tunggangan yang komprehensif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Malam itu berterusan dengan juadah yang menyelerakan serta muzik yang hebat, bersama-sama dengan sahabat handai serta rakan-raan yang baru. Beberapa pusingan cabutan bertuah dijalankan di mana BMW telah menghadiahkan beberapa hadiah yang amat menarik seperti sebuah set Lego motosikal R 1200 GS.

Dua buah motosikal yang seterusnya diperkenalkan sejurusnya.

Motosikal R nineT Urban G/S mengambil ilham rekaan R 80 G/S pada zaman lalu namun dengan nafas yang moden. Dibina atas enjin R 1200 dan kerangka R nineT, Urban G/S ini disertakan dengan ruang gerakan suspensi yang lebih panjang, palang pemegang yang ditiruskan, roda hadapan 19 inci, reraup lampu hadapan yang klasik bagi melengkapkan rupa enduro klasiknya itu. Ianya dinilai pada harga RM87,900.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Akhirnya, tiba masanya untuk memperkenalkan bintang utama bagi acara BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang – K 1600 Bagger.

Seperti mana yang telah dikatakan oleh Pakar Produk BMW Motorrad Malaysia sewaktu persembahannya, motosikal ‘bagger‘ adalah sebuah motosikal cruiser dengan ciri-ciri kelengkapan bagasi dan mengembara. Dibina di atas enjin K 1600 bersama dengan kerangka motosikal kembara, K 1600 Bagger ini menggunakan saiz platform yang menakjubkan itu dan juga bahagian belakang yang menyendeng ke belakang dengan kesan yang mengagumkan, menjadikannya sebuah motosikal yang cantik sekali, yang menjadi impian setiap penggemar motosikal pengkhususan. Tetapi, janganlah anda terpedaya dengan saiznya itu: siri K 1600 ini terdiri daripada motosikal yang amat lincah! Diletakkan pada harga RM159,900, ianya bukanlah sebuah motosikal yang murah, tetapi harganya itu amat kompetitif jika dibandingkan di kalangan motosikal bagger mewah yang berada di dalam pasaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis Nightfuel ini berterusan sehingga lewat malam dan kami pun mengundurkan diri. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ianya acara BMW Motorrad Nightfuel yang pertama diadakan di luar Lembah Klang, dan ianya adalah yang terbaik buat setakat ini. Hujan yang lebat tidak dapat mengugat keseronokan acara ini.

Lagi pun, meredah hujan juga merupakan asam garam gaya hidup seorang penunggang motosikal.

GALERI GAMBAR

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube