Bikesrepublic

BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 Berlangsung Sebelah Malam 11 Disember Ini

BRAAAP Motorsports dengan rasminya mengumumkan penganjuran BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 yang akan berlangsung pada 11 Disember ini.

Menariknya, BRAAAP 2 Hours Endurance merupakan perlumbaan lasak dua roda pertama di Malaysia yang akan berlangsung di sebelah malam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menurut pihak penganjur, 44 pasukan telah pun mengesahkan penyertaan kali ini dengan perlumbaan akan diadakan di Litar Selatan SIC.

“Kami amat teruja dan terharu dengan sambutan yang cukup memberangsangkan ini. Ia menguatkan semangat kami bukan saja untuk menjadikan perlumbaan BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 ini sebagai acara tahunan. Tetapi sebagai acara perdana dalam kalendar sukan permotoran negara,” kata ketua penganjur dan Preisiden BRAAAP Motorsports, Encik Azuan Izadee. 

BRAAAP 2 Hours Endurance membabitkan jentera jenis kapcai dan sportsbike berkapasiti antara 150cc hingga 400cc. Terdapat dua format perlumbaan yang akan dipertandingkan termasuk acara premier – perlumbaan endurance 2 jam – dan perlumbaan ‘sprint’. 

Menariknya, perlumbaan ‘endurance’ babitkan pelumba profesional dan amatur dari dalam dan luar negara manakala perlumbaan ‘sprint’ hanya libatkan pelumba amatur sahaja.

Bagaimanapun, pelumba amatur adalah dikalangan mereka yang miliki lesen perlumbaan sah dikeluarkan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Menurut penganjur, acara kali ini turut menyaksikan penyertaan pelumba luar negara termasuk dari Filipina, Thailand, Indonesia dan Taiwan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube