Bikesrepublic

Bukan Scam, Memang Menang Proton X50

Seorang juruaudit, Ahmad Shahrul Mohamed, telah terpilih sebagai pemenang utama kempen hartanah Uda 50 Golden Offers, tetapi pada awalnya dia memikirkan ia adalah scam.

Dia menerima panggilan daripada kakitangan Uda Holdings Berhad (Uda) yang memaklumkannya memenangi hadiah utama iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50.

Menurutnya, dia melihat nombor yang menghubunginya itu beberapa kali untuk kepastian.

Kempen itu disertainya ketika membuat pembelian hartanah terbaharu yang dibangunkan Uda iaitu sebuah unit kondominium 38 Bangsar Residensi di Kuala Lumpur, pada tahun lalu.

“Saya berulang kali tanya betul ke saya menang, manalah tahu scammer. Zaman sekarang ini banyak kes orang kena scam dan pelbagai taktik digunakan scammer untuk menipu.

“Saya pun sudah lupa ada menyertai kempen terbabit. Apabila diberi penjelasan oleh kakitangan itu, baru saya ingat ada menghantar penyertaan secara dalam talian,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada Majlis Makan Malam Ulangtahun Ke-50 Uda di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Penyampaian replika kunci kenderaan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar serta Pengerusi Uda Datuk Norliza Abdul Rahim.

Sementara itu ditanya perasaan selepas memenangi hadiah utama, bapa kepada tujuh anak itu melahirkan kesyukuran dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, selain berterima kasih kepada Uda.

“Saya tidak pernah menang apa-apa kempen sebelum ini, jadi saya tidak meletakkan harapan.

Memang tak sangka akan terpilih dan ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya.

Katanya, beliau belum memikirkan lagi sama ada mahu menggunakan sendiri kenderaan itu atau dihadiahkan kepada ahli keluarga.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan