Selepas beberapa bulan pelbagai khabar angin bertiup dengan beberapa imej intipan dikongsi, akhirnya QJMotor memperkenalkan SRT 750 dan SRG 600.
Meskipun diberi nama QJMotor SRT 750 namun jentera tersebut akan dijenamakan semula sebagai Benelli TRK800 dengan enjin yang lebih besar untuk pasaran global.
QJMotor SRT 750 ini mengguna pakai enjin parallel-twin sama seperti yang terdapat pada Benelli 752S dan Leoncino 800.
Meskipun tidak dijelaskan bila TRK800 ini akan dipasarkan secara global namun dijangka tahun 2021 adalah sasaran utama QJMotor-Benelli.
Sementara itu, turut mencuri tumpuan adalah jentera sportsbike, SRG 600.
Meskipun bernadikan enjin 600cc namun jentera ini tidaklah setaraf Yamaha R6, Honda CBR600R mahupun Kawasaki ZX-6 apabila hanya menawarkan 80hp pada 11,00rpm daripada enjin empat silinder.
Bukan itu sahaja, QJ Motor turut memperkenalkan SRV 500 2021 (Benelli 502C) dan SRK 350 yang dijangka akan turut dijenamakan sebagai Benelli 302S.
Ketika ini, tiada pengesahan sama ada model baharu ini akan dipasarakan di Malaysia namun kami akan kongsikan sebarang info tambahan sekiranya terdapat kemaskini baharu!