Bikesrepublic

Ducati Diavel Dapat Enjin V4 Bagi Tahun 2023

Ducati bakal memperkembangkan lagi model V4 menerusi model ‘power cruiser’ Ducati Diavel. 

Berdasarkan imej ‘spy shot’ yang tersebar di Eropah, Ducati Diavel akan mendapat suntikan enjin Gran Turismo V4 yang sama terdapat pada Multistrada V4.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, tempat duduk Diavel terbaru itu menampilkan nama Diavel V4 sekaligus mengesahkan kehadiran enjin V4 bagi generasi terbaru motosikal terbabit. 

Diperkenalkan pada 2010, Ducati Diavel sememangnya menampilkan rekaan lain dari yang lain.

Jadi tidak hairanlah sejak itu DIavel menjadi inspirasi utama kepada pengeluar lain dalam menghasilkan ‘power cruiser’ tersendiri.

Benelli 502C jelas antara model yang diilhamkan daripada reka bentuk Diavel.

Bagi tahun 2023, generasi ketiga Diavel akan dilancarkan tidak lama lagi menerusi Ducati World Premiere 2023.

*Gran Turismo V4

Berdasarkan gambar ’spy shot’ yang disiarkan, Ducati akan menggantikan enjin 1260 DVT Testastretta yang digunakan sejak 2010 dengan platform Gran Turismo V4 1158cc. 

Menariknya, enjin tersebut tidak lagi menggunakan ‘desmodromic valve’ yang ikonik kepada Ducati sebaliknya digantikan dengan ‘valve spring’. Hasilnya, ‘major service’ enjin terbabit diletakkan pada 60,000km.

Menyaksikan Diavel dibina sebagai sebuah jentera cruiser, maka menerapkan enjin V4 dari Multistrada V4 ini adalah langkah relevan dari Ducati.

Nantikan pelancaran global Ducati Diavel menerusi DWP 2023 yang ketika ini masih berbaki enam episod lagi. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube