Pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd akan memperkenalkan enam model Ducati baharu untuk pasaran tempatan menerusi Ducati Malaysia Premier 2022.
Ini merupakan pelancaran motosikal terbesar oleh pihak Ducati Malaysia sejak negara terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain daripada pelancaran enam model baharu itu, Ducati MY juga akan meraikan beberapa kejayaan yang telah dicapai setakat ini.
Walaupun tiada info model apakah yang akan dilancarkan namun pastinya membabitkan model baharu yang telah didedahkan secara global menerusi Ducati World Premier (DWP) 2022 sebelum ini.
Antara model yang dijangkakan adalah Ducati Scrambler Urban Motard, Multistrada V2, Streetfighter V4 SP, dan Scrambler 1100 Tribute Pro.
Ikuti perkembangan lanjut di MotoMalaya.Net mengenai pelancaran enam model baharu tersebut.