Bikesrepublic

Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Kini Di Malaysia – RM359,900!


Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-25 sejak Ducati 916 menjadi ikon perlumbaan motosikal moden terutamanya di pentas Kejuaraan Superbike Dunia.

Ducati 916 SBK berjaya merekodkan 120 kemenangan dan enam kejuaraan dunia dengan empat daripadanya dilakar pelumba lagenda, Carl Fogarty.

Sehingga kini Fogarty merupakan gandingan terbaik 916 dalam sejarah SBK.

Bagi meraikan ulang tahun jentera ikonik bersama pelumba ikon ini, maka lahirlah Panigale V4 25° Anniversario 916.

Dengan hanya 500 unit dihasilkan – unit ke-11 berjaya memasuki pasaran Malaysia – jentera edisi terhad ini dibina dengan menggabungkan teknologi Panigale V4S dan V4R.

Ini bermakna, Panigale V4 25° Anniversario 916 ini dilengkapi spesifikasi Ducati Corse antaranya dry clutch, Ducati Quick Shift EVO 2 dan Ducati Traction Control EVO 2.

Sekali imbas, perkara pertama yang jelas menonjol adalah pilihan warna yang diinpirasikan daripada Ducati 996 SBK – juara SBK 1999.

Bagaimanapun, antara ciri yang paling menarik adalah penggunaan rim ‘forged magenesium’ daripada Marchesini Racing dan ekzos titanium daripada Akrapovic dan beberapa komponen lain yang menggunakan gentian karbon.

Meskipun lahir sebagai ‘collectors item’ namun jentera unik ini tidak boleh dipandang remeh kerana Panigale V4 25° Anniversario 916 dilengkapi enjin 1,103cc dan menjana 214hp pada 13,000 rpm dan 124Nm pada 10,000 rpm.

Seperti jentera V4S dan V4R lain, Panigale V4 25° Anniversario 916 ini turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terkini antaranya:

  • Bosch Cornering
  • ABS EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Engine Brake Control (EBC) EVO
  • Auto Tyre Calibration

Menariknya, jentera ini turut sesuai digunakan untuk tunggangan harian dengan valve clearance adjustment boleh dilakukan selepas setiap 24,000km.

Bagi yang berkenan, jentera istimewa ini boleh ditinjau di Ducati Petaling Jaya namun dukacitanya dimaklumkan jentera berharga RM359,900 – sebelum cukai dan insurans – ini telah pun dirisik orang.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan