Bikesrepublic

EICMA 2022: Benelli BKX250 ADV Didedahkan – Rim Depan 19-Inci, 25.8HP

Benelli juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan beberapa model baharu di EICMA, Milan termasuk Benelli BKX250. 

Sekali imbas, ciri paling mencuri tumpuan tentang model ADV baharu ini adalah rekaannya yang radikal. Ini kerana rekaan keseluruhan model ini dihasilkan di Benelli Style Centre yang berpangkalan di Pesaro, Itali. 

Bahagian depan menempatkan lampu LED dengan DRL sementara lampu belakang pula dilengkapi lampu bersepadu yang berfungsi sebagai lampu brek dan lampu isyarat dalam satu unit. 

Imej keseluruhan BKX250 juga tampak agresif dan lasak selaras dengan rekaan sebuah motosikal ADV. 

Sementara itu, bahagian tangki yang turut menyerlahkan rupa lasak motosikal tersebut boleh memuatkan kapasiti minyak sebanyak 13.5L.

Bagi meningkatkan lagi keupayaan ‘off-road’, Benelli BKX250 ini juga dilengkapi tayar 19-inci depan dan 17-inci belakang yang dipadankan bersama tayar 100/90 depan dan 140/80 belakang. 

Suspensi pula dikendalikan fork depan 41mm jenis ‘upside/down’ dengan jarak pergerakan 180mm manakala bahagian belakang pula dikendalikan ‘monoshock’ yang dipadankan bersama ‘swingarm’ Pro-Link dengan 180mm jarak pergerakan. 

Menariknya, Benelli BKX250 ini dikuasakan enjin satu silinder 250cc 4-stroke dengan penyejukan cecair yang sama terdapat pada TRK251. 

Bagaimanapun, susulan daripada naik taraf yang dilakukan pada bahagian kotak udara, sistem penyejukan baharu dan ekzos, BKX250 ini menawarkan kuasa dan rpm yang lebih tinggi, 25.8hp pada 9,250rpm dan 21Nm pada 8,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan klac basah. 

Menurut Benello, BKX250 ini akan mula dipasarkan bermula pertengahan tahun 2023. Bagaimanapun, belum diketahui sama ada model ini akan turut dipasarkan di Malaysia. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube