Bikesrepublic

Enea Bastianini Ganti Johan Zarco Di Avintia Ducati 2021

Pelumba muda, Enea Bastianini sah bakal sertai pasukan satelit, Avintia Ducati bagi musim 2021.

Enea Bastianini

Bastianini yang ketika ini sedang beraksi di Moto2 akan menggantikan Johann Zarco yang akan berhijrah sama ada ke Ducati atau Pramac.

Meskipuun pelumba berusia 22 tahun itu enggan mengakui perkara itu namun pengendali Avintia, Ruben Xaus mengesahkan Bastianini bakal sertai pasukan itu musim depan.

“Saya telah menandatangani kontrak bersama Ducati namun saya tidak pasti untuk pasukan mana, saya akan mengesahkan perkara ini minggu depan,” jelas Bastianini.

Bagaimanapun, difahamkan sesetengah pihak berasa terkilan peluang itu diberikan kepada Bastianini berbanding Luca Marini dari pasukan Sky VR46.

Johann Zarco

Namun, Zarco sendiri meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Bastianini di Moto2.

“Sememangnya satu tindakan yang positif bagi Ducati membawa pelumba Moto2 ke Avintia. Saya sendiri kagum dengan kejayaan Bastianini di Moto2,” akui Zarco.

Sementara itu, senario ini menunjukkan pertalian Ducati dan Avintia semakin erat apatah lagi setelah pasukan itu diangkat sebagai satelit Ducati setelah mendapatkan khidmat Zarco.

Bastianini kini memasuki musim keduanya di Moto2 dan telah pun merekodkan kemenangan di Jerez dan Brno.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube