- Desas desus mengatakan bahawa model R 1250 GS yang baharu akan dijana oleh sebuah enjin Boxer baharu dengan pemasaan injap boleh laras.
- Satu video promosi telah muncul di atas talian mengesahkan khabar angin tersebut.
- Video itu juga telah menunjukkan bagaimana teknologi “Shift Cam” berfungsi serta rupa GS yang baharu.
Ianya telah hangat diperkatakan ramai yang enjin Boxer 1,254cc baharu dalam model BMW R 1250 GS 2019 yang baharu akan dilengkapi dengan pemasaan injap dan cam boleh laras, tetapi, tanpa sebarang bukti yang kukuh. Namun kini, sebuah video promosi telah muncul di atas talian internet yang menunjukkan enjin Boxer baharu dengan teknologi “Shift Cam”.
https://www.bikesrepublic.com/2018/05/15/bmw-r-1250-gs-akan-dikeluarkan-pada-tahun-2019/
Sistem ini dapat memberikan pemecutan yang terbaik beserta dengan penambahan kuasa tinggi, di samping mengekalkan agihan kuasa yang lancar, dan penggunaan bahanapi dan emisi ekzos yang lebih rendah bagi memenuhi standard Euro5 yang ketat.
Bagi mencapai sasaran tersebut, sistem ‘BMW Shift Cam’ ini cukup ringkas, menggunakan lohong masukan camshaft dengan dua profil cam dan sebuah ‘mechanical shift gate’ di salah satu hujungnya.
Sewaktu muatan enjin rendah (rpm lebih rendah), ‘shift gate’ akan mengerjakan ‘camshaft’ dan mengunci ‘low lift’ dan ‘cam lobes’ jangka masa pendek engatasi ‘finger followers’. Dengan cara ini, kedua-dua lohong masukan dan injap ekzos menutup dengan pantas untuk masa tindihan yang dikurangkan, menghasilkan tork tahap rendah.
Begitulah sebaliknya, sewaktu muatan enjin tinggi (rpm lebih tinggi), ‘shift gate’ akan mengalihkan ‘camshaft’ bagi mewujudkan ‘high lift’ dan ‘cam lobes’ jangka masa lebih panjang. Seiringan dengan itu, injap masukan akan tutup lebih lambat untuk pemasaan tindihan injap yang lebih lama, meningkatkan keluaran kuasa enjin.
ianya menggabungkan ciri-ciri terbaik kedua-dua keadaan tersebut. (Anda mungkin perlu membaca lebih banyak mengenai pertindihan injap untuk memahaminya.)
Enjin Boxer terbaru ini dikatakan mampu menghasilkan sehingga 136hp dan 143Nm tork, bertambah dari 125hp dan 125Nm yang ada pada enjin 1,176cc semasa.
Selain menyaksikan bagaimana enjin baharu ini berfungsi, video ini juga menunjukkan rupa bentuk model BMW R 1250 GS 2019.
Seperti mana yang telah kami laporkan sebelum ini, enjin baharu itu juga mungkin akan menjana keseluruhan rangkaian Boxer BMW. Motosikal R 1250 GS dan model-model baharu akan membuat kemunculan rasmi yang pertamanya di pertunjukan Intermot dalam masa beberapa minggu.
BMW Akan Mengemaskini Keseluruhan Rangkaian Boxer Pada Tahun 2019?