Bikesrepublic

F1: Hamilton Akui Masih Alami Kesan Sampingan Covid-19

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, kembali menerajui kejuaraan dunia Formula 1 selepas menamatkan GP Hungary di tempat kedua.

Bagaimanapun, dia tampak kelesuan sewaktu acara penyerahan trofi di podium dan tidak menghadiri sesi sidang media selepas itu kerana berjumpa doktor.

“Saya berasa sedikit pening dan semuanya kelihatan kabur ketika di podium.

“Saya bergelut sepanjang tahun selepas apa yang berlaku tahun lalu dan masih cuba mengatasinya.

“Saya rasa kesan Covid-19 masih ada. Latihan saya juga amat berbeza selepas dijangkiti Covid-19,” jelas Hamilton.

Hamilton yang kini telah pun mencecah usia 36 tahun dijangkiti Covid-19 sekitar Disember tahun lalu.

Walaupun telah disahkan bebas dari virus itu namun dia akui kesannya masih terasa sehingga kini.

“Tahap keletihan amat berbeza dan ia cabaran yang sangat besar,” tambahnya lagi.

Hamilton kini mendahului kejuaraan F1 dengan kelebihan lapan mata dihadapan Max Verstappen.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube