Bikesrepublic

Gadis Maut Motosikal Langgar Tong Sampah PBT Di Bahu Jalan

Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas motosikal ditungganginya melanggar tong sampah yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kampung Delek, Klang, semalam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa Nurul Fazira Abdullah, 21 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah melanggar tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diletakkan di bahu jalan.

Bagaimanapun, pembonceng, Elyana Nur Fatihah Helmie Shahril, 13 tahun, cedera di bahagian tangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, mangsa yang sedang menunggang motosikal jenis Modenas sedang dalam perjalanan pulang dari Jalan Sungai Undang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa telah berlanggar dengan tong sampah milik sebuah PBT yang berada di bahu sebelah kiri jalan.

“Ini menyebabkan motosikal itu gagal dikawal sebelum terbabas di atas jalan raya dengan Nurul Fazira meninggal dunia di lokasi kejadian,” jelasnya.

Rakaman dashcam kemalangan maut berlaku lewat petang semalam di Kg Delek Kanan, Klang. Mangsa maut terlanggar tong sampah MPK yang berada tepi jalan.. Sumber? : Muhammad Mohd Mazlan #inforoadblock

Posted by Inforoadblock on Monday, 28 March 2022

Kejadian tersebut turut dirakam ‘dashcam’ dan memaparkan keseluruhan insiden kemalangan maut tersebut.

Rakaman berdurasi 36 saat itu menunjukkan mangsa melanggar tong milik PBT yang diletakkan di bahu jalan lalu tercampak beberapa kaki kedepan bersama pembonceng.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube