Bikesrepublic

Harley-Davidson Batalkan Model Bronx 2021

Harley-Davidson mengesahkan model streetfighter ‘Bronx’ tidak akan dilancarkan pada 2021 seperti yang dirancang.

Baru-baru ini pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu memadam model tersebut di laman Harley-Davidson ‘Future Vehicles’.

Senario itu mencetuskan tanda tanya dengan rata-rata berpendapat Bronx menjadi mangsa daripada penstrukturan semula syarikat itu yang kini memfokuskan terhadap jentera ‘adventure’, Harley-Davidson Pan America.

Pan America 2021

Bronx didedahkan di EICMA 2019 bersama-sama Pan America namun disebabkan ketidak tentuan pasaran, mereka memperkenalkan strategi ‘Hardwire’dalam usaha mengembalikan kemegahan jenama itu.

Strategi Rewire merupakan usaha Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jochen Zeitz setelah Harley-Davidson merekodkan kerugian lebih USD92 juta (RM390 juta) dalam suku kedua tahun ini lantas merencanakan rombakan menerusi ‘Hardwire’.

‘Hardwire’merupakan perancangan strategik lima tahun yang akan menyaksikan perubahan mendadak dilaksanakan terhadap model operasi termasuk kemas kini jentera ikonik sedia ada dan memperkenalkan model baharu.\

Harley Davidson 338

Persoalannya, adalah model bersesaran kecil yang dicanang selama ini, Harley-Davidson 338cc hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle turut akan dibatalkan?

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan